Sunday, 19 January 2014

Masih Sayang




Ya blog.
Saya masih sayangkan kamu.

Ya kamera.
Saya masih sayangkan kamu.
Masih...
Masih...







.

Friday, 18 October 2013

Binatang Atas Dinding



Hamba Allah ni datang melekap atas dinding.
Kemahen kecik.
Besor kuku ibu jari tangan aku.

Oleh kerana aku dah berapa bulan tak keluar menembak.
Kita ambil sahajalah peluang tembak tetamu-tetamu yang datang ke rumah.

Hasilnya adalah hampeh.
Ni yang makin tak semangat nak menembak nih.

Nak kena jumpa bomoh kamera mintak semangat ke cemana nih..?



.

Monday, 7 October 2013

Kau Buat Apa Atas Tu Bertuah...?



Tersesat masuk dalam takungan hujan.
Aku siap memanjat tangga nak selamatkan dia.

Aku naik ikut belah sini.
Dia lari belah sana.

Aku panjat ikut belah sana.
Dia lari belah sini.

Suka hati kau lah kucing..



.

Thursday, 3 October 2013

Sentap




Hari tu.
Ingat nak angkat lens makro.

Kemudian.
Seorang Singa telah berkata.
'Alah.. Kau tu beli lens baru lepas tu simpan dalam beg. Asyiklah buat kerja pejabat..'.

Benar sungguh kata-kata itu.
Terus tak jadi beli.

Saya sentap.
Kah kah.



.


Friday, 14 June 2013

Hilang



Upload gambar.
Taip-taip.
Padam.
Taip-taip.
Padam.

Sekarang aku tau.
Aku dah hilang skill bercerita.




.

Wednesday, 15 May 2013

Bila Jarang Menembak




Skill adalah ke laut....

Saya punya banyak cerita.
Tapi tak tahu nak cerita macam mana...





.

Monday, 22 April 2013

Kalian Tatap Dulu Gambar Binatang



Hohoho... Keserabutan sudah berakhir tapi saya masih belum sempat menembak.
Kalian tatap dulu gambar itik ni.
Lain masa saya letak gambar lain.

Ye la tu, kan...?
Sekali.
Kala tak sibuk pun.
Tetaplah aku ambik gambar binatang.

Kah kah.


.

Monday, 15 April 2013

Masih Serabut



Keserabutan kerja yang melanda masih belum reda.
Dah ok nanti saya akan bersiaran seperti biasa.




.

Wednesday, 20 March 2013

Doakan





Jika kamu ke Stadhuys atau lebih dikenali sebagai Bangunan Merah di Bandar Hilir, di sekitarnya terdapat beberapa buah muzium.
Kamu cuma buat sekali bayaran dan kamu boleh masuk ke semua muzium di sana.
Kalau tak silap saya ada 5 buah muzium.

Dan salah satunya ialah Muzium Sastera.
Muzium Sastera menempatkan semua karya-karya penulis-penulis dan sasterawan yang lahir dari Melaka.
Dan salah seorangnya ialah ayahanda saya.
Atau lebih tepat ayahanda mertua saya.

Sekarang.
Bapak sedang bertarung dengan sakit.
Masih di hospital.

Mohon doa kawan-kawan.
Agar dipermudahkan segalanya...




.



Tuesday, 19 March 2013

Kerana Kancil

 UteM, Melaka.



Satu hari budak MC mengadu pada aku.
Ada seorang kawannya di sekolah mengejek kerana MC datang sekolah naik kancil.

Aku tanya MC.
Budak yang ejek tu datang sekolah naik apa?

Naik Myvi katanya.

Aku cakap dengan MC.
Budak macam tu, jangan dilayan.
Takut timbul pergaduhan.

Diam sahaja.
Biarkan dia dengan biacara-bicaranya.

Moga dengan kita berdiam.
Juga dengan berlalunya masa.
Dia akan cepat dewasa.
Dan cepat kenal dunia.

Jangan sesekali musuhi dia.



.