Wednesday, 28 December 2011

Cerita Dunia



Tak tau kenapa.
Bila aku tengok foto ini.
Tiba-tiba aku jadi terlalu banyak berfikir.

Tentang hidup.
Tentang dunia.



.

Tuesday, 27 December 2011

Panorama Edisi Percubaan


Cubaan pertama guna Panorama.
Aku kategorikan gambar ini sebagai gambar tak ada jiwa.
Nanti-nantilah aku ambil gambar yang lebih berjiwa.



.

Sunday, 25 December 2011

Burung Mandi



Aku fikir.
Bila hujan turun.
Burung ini bertempiaran terbang mencari tempat berteduh.
Rupa-rupanya.
Kemahen seronok mandi hujan.
Sumpah aku ada rasa nak  join.





.

Thursday, 22 December 2011

Saya Panggil Dia Sayang



Sebenarnya.
Aku tak ada gambar sedap dalam simpanan.
Aku tepek je  gambar nih...




.

Friday, 16 December 2011

Kumbang Dan Bunga

Jika Engkau Kumbang....

Akulah Bunganya.....








Ceeeeeeeeeeeeeeewah......!!!!!!!!

Tetiba rasa nak tersedak.



.

Wednesday, 14 December 2011

Obsesi IV: Pepatung

Percayalah.
Pepatung di Taman Seribu Bunga Melaka adalah pepatung yang sangat memberi kerjasama yang baik apabila gambarnya ingin diambil.
Bila aku kata, 'Pose!'.
Dia jongketkan bontot.



Dedikasi Foto: Untuk Kamu GadisBunga.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Wak Gelas.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Kekanda Waterlily.




Dedikasi Foto: Untuk Kamu MamatTakCukupMetal.








Dedikadi Foto: Untuk Kamu Dino.








Dino, oleh kerana ko nak Cakcibor Merah, aku bagi gambor ni. Nak mengambik gambor ni dengan aku-aku nak kena menonggeng. Apa kes?!.




.

Saturday, 10 December 2011

Sulur Paut

Aku suka benda-yang-terpusing-terpusing nih...


Dedikasi foto: Untuk Kamu Cahayamata.




.

Wednesday, 7 December 2011

Bulan Islam Hari Ni Berapa Hari Bulan Hah?

Aku keluar rumah.
Dongak ke langit.
Masuk balik.
Ambil kamera.
Ambil kerusi.

Duduk dengan posisi yang rasa-rasanya paling sedap nak menembak bulan.
Ubah  setting  di situ di sini.
Tembak.

Mamat sepet tengok.
Aku cakap dekat dia.
'Rasa-rasanya macam nak kena baring la...'.

Tak payah!
Dia jawab.

Ye la...
Ye la...

Ini yang aku dapat.
Bulan-lagi-5-hari-nak-penuh-lebih-kurang.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Brirasa

Dedikasi Foto: Untuk Kamu LadyD.



Selesai menembak.
Aku tunjukkan foto ini pada dia.

Kamera kamu ni gila eh...?
Kata dia.

Keh keh.


.

Friday, 2 December 2011

Cerita Dari Gunung III: Landmark

Terlalu banyak foto dalam simpanan.
Dan tiba-tiba pulak rasa malas nak up load.
Cukup sekeping kot.




Colmar Tropicale - Berjaya Hills
Bukit Tinggi, Pahang.

Tempat yang cantik.
Aku suka.
Tapi bila dah terlalu ramai orang.
Aku rasa: S.e.m.a.k.




.

Thursday, 1 December 2011

Cerita Dari Gunung II: Bunga

Terlalu banyak bunga.
Aku tepek hanya gambar bunga yang aku belum jumpa.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Dinas Aldi







Gambar last  tu aku rasa kena crop sikit.
Tapi aku malas.


.

Cerita Dari Gunung I: Kabus

Kalau naik ke Genting.
Tak payahlah nak berbaju tebal macam nak ke UK.
Sumpah.
Walau nampak berkabus.
Tidaklah sesejuk mana.

Aku hanya pakai baju kain cotton  yang nipis.
Walau pun petang itu hujan.
Aku tetap kata: Taklah sesejuk mana....!
(Ke aku yang berkulit biawak...? :p)

Dan bagi yang berbaju tebal ala-ala nak main salji.
Sumpah.
Aku ada rasa nak tergelak...












.

Wednesday, 30 November 2011

Menyahut Cabaran Sepa

Untuk ambil gambar air paip menitik.
Cabarannya ialah: Masa nak tekan   shutter.
Cepat sangat: air menitik tak panjang.
Tak panjang?
Teruk benar penggunaan bahasa.
Heh.

Lambat sangat: air dah jatuh.
Tak nampak terus airnya...





Dedikasi Foto: Untuk Kamu Fairus

Saturday, 26 November 2011

Saga Yang Merah

Benda alah ni la mainan aku kecik-kecik...


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Ari Lucy.








For you Dino.





.

Friday, 25 November 2011

Bunga Kecik

Sebenarnya aku tak tau apa nama bunga nih.
Mula la nak bagi nama ikut bentuk fizikal.
Bunga kecik la.
Bunga merah la.
Bunga wangi la.
Bunga banyak semut la...


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Mr. MIK (Takut juga nak dedikasi gambor bunga ke orang lelaki nih... Takut tak suka)

Tapi aku tau Sepa sukakan bunga.
Tak gitu Sepa..?


This is for you Sepa. Ke ko nak gambar yang mana..? :)







Gambar last   tu saja aku letak sebab nak kasi nampak saiz bunga tu.
Jangan nak tuduh jari aku besor.
Bunga tu yang kecik sebenornya...

:D




.

Thursday, 24 November 2011