Wednesday, 30 November 2011

Menyahut Cabaran Sepa

Untuk ambil gambar air paip menitik.
Cabarannya ialah: Masa nak tekan   shutter.
Cepat sangat: air menitik tak panjang.
Tak panjang?
Teruk benar penggunaan bahasa.
Heh.

Lambat sangat: air dah jatuh.
Tak nampak terus airnya...





Dedikasi Foto: Untuk Kamu Fairus

Saturday, 26 November 2011

Saga Yang Merah

Benda alah ni la mainan aku kecik-kecik...


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Ari Lucy.








For you Dino.





.

Friday, 25 November 2011

Bunga Kecik

Sebenarnya aku tak tau apa nama bunga nih.
Mula la nak bagi nama ikut bentuk fizikal.
Bunga kecik la.
Bunga merah la.
Bunga wangi la.
Bunga banyak semut la...


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Mr. MIK (Takut juga nak dedikasi gambor bunga ke orang lelaki nih... Takut tak suka)

Tapi aku tau Sepa sukakan bunga.
Tak gitu Sepa..?


This is for you Sepa. Ke ko nak gambar yang mana..? :)







Gambar last   tu saja aku letak sebab nak kasi nampak saiz bunga tu.
Jangan nak tuduh jari aku besor.
Bunga tu yang kecik sebenornya...

:D




.

Thursday, 24 November 2011

Wednesday, 23 November 2011

Obsesi III: Bunga Tahi Ayam

Ada lebih seratus gambar bunga tahi ayam dalam  memory card  kamera nih.
Aku memang berniat nak simpan.
Tak akan delete.
Betul-betul punya obses!










Dedikasi foto: Untuk Kamu Cik Ina Do Do Cheng.














Lokasi: Dataran MBMB, Ayer Keroh, Melaka.


.

Tuesday, 22 November 2011

Obsesi II: Titisan Air

Ya.
Walau aku dah pernah ambil gambar titisan air.
Asyiklah nak ambil lagi dan lagi...

Heh.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Ja A Brainstorm




.

Monday, 21 November 2011

Obsesi I: Bunga Gugur

Obses bunga gugur.
Penyakit ke apa nih....?


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Honeydear.



.

Friday, 18 November 2011

Sisi Yang Berbeza

Sekuntum bunga yang gugur.
Mungkin nilainya tiada.

Tapi pada aku.
Indahnya damaikan jiwa...


Dedikasi Foto: Untuk Ko Teh





.

Wednesday, 16 November 2011

Buah Tak Tahu Nama Dan Semut Tonggek

Kadang-kadang.
Gambar yang benar-benar ingin aku ambil.
Hasilnya: Aku kecewa. Kadang-kadang aku rasa tak ada jiwa.

Sebaliknya.
Gambar yang aku main petik sahaja.
Hasilnya: Aku suka.

Gambar ini misalnya.
Tak tahu apa yang istimewa tapi aku suka.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu CikPuanLawa.




.

Saturday, 12 November 2011

Dedikasi Foto: Bunga Untuk 'Bunga-bunga'

Bunga untuk sahabat-bunga saya.

:)



Dedikasi Foto: Untuk Kamu Alis. 'Bunga-bunga' lain aku bagi bunga. Ko aku bagi penyengat. Bulih...? He he.



Dedikasi Foto: Untuk Kamu J.u.l.i.e.



Dedikasi Foto: Untuk Kamu K.h.a.l.i.l.a.



Dedikasi Foto: Untuk Kamu Roslaini.





.

Thursday, 10 November 2011

Kisah Mencabar Diri Dan Dedikasi Foto

Semasa mula-mula aku memegang kamera ini.
Satu perkara yang aku ingin buat ialah.
Mencabar diri untuk menembak gambar bulan.
Walau dengan kemampuan lensa yang agak terhad.
Keinginan aku adalah amat kuat.

Semalam.
Bulan hampir penuh.
Misi menembak bermula seawal azan Maghrib berkumandang.

Ok.
Tuhan marah.
Dia hantar nyamuk suruh gigit aku.
Aku masuk rumah solat Maghrib.
Dan aku sambung balik lepas jam 9.

Dan ini adalah hasil pertama tembakan aku.
Belum cukup sempurna rasanya.
Harus terus menembak...

Dan aku dedikasikan gambar-gambar ini untuk kamu, kamu dan juga kamu....



Dedikasi Foto: Untuk Kamu Faaein.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Buah Kedondong.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Lona.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Fatt.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Sepa (bulih kira kategori malam tak nih..? He he..)



Dedikasi Foto: Untuk Kamu Nurr Kasih.



Cabaran diri seterusnya ialah mengambil gambar  sunset.
Akan aku dedikasikan untuk kawan-kawan yang lain pula.


Sedikit perkongsian: Jangan ambil gambar matahari yang sedang terik. Lensa juga ibarat mata. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama akan menyebabkan lensa rosak.






.

Wednesday, 9 November 2011

Terhempas

Aku memang ada satu penyakit.
Suka menterhempaskan barang.
(menterhempaskan?)

Henfon no.1 hingga no.4.
Semua terhempas.

Paling sadis.
Henfon yang baru aku beli tak sampai seminggu pun mengalami nasib yang sama.
Terhempas di Myden.
Bercerai 3.
Body belah belakang dekat kaki aku.
Bateri sikit lagi nak masuk rak coklat.
Skrin celah kasut kakak yang beratur depan aku masa berbaris nak bayar di kaunter.

Satu perkara lagi yang aku nak bagitau.
Kamera sedap aku ni pun dah merasa terhempas.
Sebab?
Aku tercampak.

Heh!



Berlubang. Akibat terhempas juga...!





.

Tuesday, 8 November 2011

Dedikasi Foto: Untuk Kamu, Kamu Dan Juga Kamu

Kali ini.
Dedikasi foto, aku buat secara berjemaah.
Supaya ramai tak tertunggu-tunggu.
Ada ke orang tunggu pun...?
Keh keh.



Satu: Untuk Kamu Dila



26th SEA Games.
Jakarta-Palembang, Indonesia.
11-22 November 2011.

Anak abah no. 5 dan anak abah no. 6.
Berjuanglah demi maruah negara.

Err... Dila.
Ko faham, kan kenapa aku dedikasikan foto ni untuk ko...?

:)


****************************************************************************************************************


Dua: Untuk Kamu Bujal-X




Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Aku ambil kesempatan masa balik beraya di kampung untuk ambil gambar ini.
Keluar dari rumah, ok.
Dalam perjalanan, hujan.
Nasib baik ada kanopi dekat-dekat situ.
Dapat juga menembak.

Sebetulnya.
Lampu pada menara adalah bertukar-tukar.
Dan aku pilih biru untuk kamu, Bujal.

Lampu di tingkat 3 dan 4 memang tak menyala.
Barangkali itu adalah seni lampu!

Keh keh.


****************************************************************************************************************


Tiga: Untuk Kamu Chief





Jam Besar.
Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.
Aku tahu kamu sukakan Melaka.
Tak gitu, Chief?

:D


****************************************************************************************************************


Empat: Untuk Kamu Qing N Kueen




Sejujurnya.
Kita masih belum begitu mengenali antara satu lain.
Terima kasih jadi sahabat maya saya!

Cuba tengok cara burung ni tidur.
Aku pulak yang rasa sakit tengkuk!

Heh.


****************************************************************************************************************


Lima: Untuk Kamu Hanie




Percayalah Yang.
Cili api tu tak ada kena mengena dengan you.
Brokoli tu pun tak ada kena mengena dengan you.
Tapi ai nak juga dedikasikan gambor ni untuk you.

Hiks.


****************************************************************************************************************


Enam: Untuk Kamu Siti




Aku suka kenanga.
Wangi.
Juga cantik.

Buat kamu, Siti.
Sahabat saya yang cool...


****************************************************************************************************************


Tujuh: Untuk Kamu LadyD




Tak tahulah kenapa.
Aku membayangkan kamu cantik macam merak!

:)


****************************************************************************************************************


Lapan: Untuk Kamu Sudip VS Senduk




Separuh nak gila juga mengambil gambar titisan air nih.
Sebab kamera kita buka dslr.
Tak secanggih mana.
Tapi gigih juga nak ambil gambar nih...
(malu sebenarnya)



****************************************************************************************************************


Sembilan: Untuk Kamu Kehelan




Kaktus berbulu merah.
Kaktus ni sebenarnya kecillah sangat.
Tak tahu apa yang istimewanya gambar ini.
Tapi aku suka!

Buat kamu, Kehelan.





Untuk kawan-kawan lain, tunggu ye...

:)


.