Tuesday, 31 January 2012

Segmen Benda Sedap: Betik

Ok.
Ok.
Aku akui.
Betik ni taklah sesedap mana.

Tapi.
Benda inilah yang aku hadap.
Jadikan snek.

Kasi tipu sama tekak: yang suka mintak benda manis-manis.
Kasi tipu sama perut: bila makan betik perut cepat sengkak.

Untuk jaga berat badan.
Konon-kononnyalah.




Tapi.
Sejak 2, 3 minggu ni...
Betik pun aku makan.
Kopok jajan pun aku sebat.

Apa kes...?





.

Monday, 30 January 2012

Keladi Bunting

Pergh.. Rasa lapang no dada bila dah dapat menembak Keladi Bunting ni.
Kalau tidak.
Asal lalu kat tempat tu.
Kemahen mengada jiwa nak bergelora tak tentu hala.

Cuma yang tak syoknya.
Menembak belah petang ni.
Aku nak kena bertarung dengan cahaya matahari.

Nak pusing lombong balik sana supaya aku membelakangkan matahari, dah jauh no pulak nak kena pusingnya.
Dah la kawasan tu hutan.
Takut aku.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Putubambu. Beb... Keladi Bunting ganti Kiambang aci tak..? :D








And this is for you Dino.



Misi seterusnya nak cari Bunga Harum Sundal Malam.
GadisBunga ni saja nak kena siku ni bagi assignment susah-susah nih...
Celah mana aku nak cari nih...
Ke nak kena bela pontianak sekor..?



.

Sunday, 29 January 2012

Komplen Terhadap Diri Sendiri

Aku sepatutnya ambil gambar ini jauh sedikit.
Supaya sarang labah-labah tu nampak lebih besar.
Yang ini nampak kecik no.





Marah kepada diri sendiri.
Dah la nak dapatkan sarang labah-labah sikit punya susah.

Ada peluang tak digunakan sepenuhnya pulak.





Tapi.
Sebenarnya, kan...
Kalau aku berganjak sikit ke belakang.
Pelepush.... Aku masuk tasik.

Dah tasik pulak yang aku nak salahkan, kan...?

Dasarrrrrr....




.

Saturday, 28 January 2012

Tupai

Kalaulah aku ini robot.
Mengambil gambar tupai telah menyebabkan bateri aku tinggal separuh.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Mieza.



Sikit punya seksa.
Haih~


.

Bunga Merah

Adik beradik bunga ini.
Bezanya.
Yang itu kecil.
Yang ini besar.

LadyD, Gadisbunga, sila bagitau aku ini bunga apa.
Aku malas nak gugel.

Keh keh.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Norh.



Sekali lagi.
Aku suka  bunga tu sebab...

Merah!




.

Friday, 27 January 2012

Segmen Benda Sedap: Fruit Tart




Aku kalau makan Fruit Tart ni, kot ada orang minta sikit memang rasa tak nak bagi...!


.

Thursday, 26 January 2012

Segmen Benda Sedap: Kuih Tak Tahu Nama

Aku nak buat satu segmen baru kat blog nih.
Segmen Benda Sedap.
Untuk foto-foto makanan yang aku ambil di kala aku rajin.
Kalau rajin la.
Selalunya aku malas.

Sebenarnya bukan malas.
Cuma.
Takut orang keliling pelik.
Nanti ada yang kata: Pehal nak makan pun nak kena ambil gambar segala...?

Ah! Orang mungkin tak faham kegilaan manusia-manusia yang minat fotografi nih...

Ok.
Benda sedap pertama.


Custard cream cecelah puff tu dia punya nikmat... Tak tau nak kabor macam mana!



Alaaaaa.... Dah tak ingat pulak nama dia...



.

Wednesday, 25 January 2012

Jonker Walk

Ke Jonker Walk pada malam sebelum Tahun Baru Cina.
Konon-konon nak ambil gambar tanglung yang bergayut sepanjang jalan.
Cantik sangat.

Sampai sana.
Orang ya amat ramai.
Nak menembak pun rasa sangat tak aman.
Semak.
Itu satu hal.

Dan.
Yang paling haru.
Perut lapar sangat-sangat sampai badan menggeletar.
Bila badan menggeletar bermakna tangan turut sama menggeletar.
Bila tangan menggeletar bermakna gambar tanglung aku pun habis bergetar.

Yang dapat.
Gambar ni je..
Yang nampak 'berjenis' sikit.




Habis.
Tak kan nak masuk kedai tu pulak nak mencekik, kan...?

Haih.


.

Friday, 20 January 2012

Tahun Naga

Dedikasi Foto: Untuk Kamu KOG. Gambor sup lidah tak ada. Aku fobia dengan lidah-lidah nih...



Aku cenderung untuk tertarik kepada apa-apa yang berwarna merah.
Apa-apa sahaja.

Ya.
Apa-apa sahaja...















.

Wednesday, 18 January 2012

Ubat Kuat




Bunga ni.
Kau racik-racik.
Perah limau sikit.
Campur madu kelulut 2 sudu.
Makan 3 kali sehari.

Sesuai untuk orang lelaki yang dah berumur 40 ke atas.
Ubat kuat.












Ok.
Aku tipu.

Keh keh..


.

Saturday, 14 January 2012

Si Jantung Hati

Dedikasi Foto: Untuk Kamu Sepa.


Dedikasi Foto: Untuk Kamu Qinairaulfa.







Dedikasi Foto: Untuk Kamu LadyD.



Pokok pisang hiasan yang ditanam di Melaka adalah antara pokok yang bagi aku, istimewa.
Sebab.
Jantung dan buahnya melawan graviti.
Tak tumbuh ke bawah.
Tetapi mendongak ke atas.

Jantungnya kaler pink.
Cantik betul...





.

Wednesday, 11 January 2012

Kata Banyak Kerja....




Mengedit gambar sempat pulak, kan....?

Dasar....








Dan ini adalah gambar teratai yang aku curi.
Keh keh.

Dengar kata ini di Tasik Raban.
Kejap.
Tasik Raban tu celah mana..?
Kat Lenggong ke...?
Aku memang 'cemerlang' geografi Perak.

Kot bajet kamu suka memancing atau merambu dalam hutan, boleh cari tuan punya foto.
Aku ingat nak pergi juga la.
Sedap benor nampak tempatnya tu...





.

Tuesday, 10 January 2012

Lebah Degil

Lebah ke tebuan....?




Aku dah cakap.
Pandang sini... Pandang sini...
Dia buat derk je...!




.

Friday, 6 January 2012

Susahnyalah Nak Cari Teratai

Dedikasi Foto: Untuk Kamu Kak Lily.


Teratai untuk Kakak Lily.
Punyalah aku terpusing-pusing mencari teratai kat Melaka nih.
Bapak payah nak jumpa.

Aku dengki betul dengan teratai dia nih.
Rasa nak curi.

Oh! Ya.
Sebenornya mamat tu adik aku yang cuba menyorokkan identitinya.
Ingat aku tak tau gamaknya.

Keh keh.

Oit.. Bob!




.

Koleksi Gambar Bunga Gugur

Sebahagian daripada gambar bunga gugur yang aku ada.
Ada lagi.
Lain masa aku tepek.












Dedikasi Foto: Untuk Kamu Cimot.





Entah apa-apa sahajalah yang ada dengan bunga gugur.
Tapi aku suka...




.

Tuesday, 3 January 2012

Suatu Petang Di Pantai Klebang



Foto yang aku ambil di suatu petang di Pantai Klebang, Melaka.
Tahun lepas sekitar November kalau tak silap.
Ke Oktober?
Entahlah.
Tak ingat.

Percubaan pertama ambil gambar sunset.

Sejujurnya: Gambar ni tak mencapai piawaian aku.
Ya. Aku memang banyak songeh.

Nanti-nantilah aku pergi lagi untuk ambil gambar.
Bila nanti tu pun aku tak tau la..




.