Wednesday, 25 January 2012

Jonker Walk

Ke Jonker Walk pada malam sebelum Tahun Baru Cina.
Konon-konon nak ambil gambar tanglung yang bergayut sepanjang jalan.
Cantik sangat.

Sampai sana.
Orang ya amat ramai.
Nak menembak pun rasa sangat tak aman.
Semak.
Itu satu hal.

Dan.
Yang paling haru.
Perut lapar sangat-sangat sampai badan menggeletar.
Bila badan menggeletar bermakna tangan turut sama menggeletar.
Bila tangan menggeletar bermakna gambar tanglung aku pun habis bergetar.

Yang dapat.
Gambar ni je..
Yang nampak 'berjenis' sikit.




Habis.
Tak kan nak masuk kedai tu pulak nak mencekik, kan...?

Haih.


.

9 comments:

AZANI said...

tas, bak kata nizam...kabur pun seni...aku rasa getar pun seni juga....

kucingorengemok said...

orang yang ada kamera best ni memang suka buat kerja mengarut ye? ;p

Aku said...

Kalau alang-alang blur, biar kasi blur betul-betul...

itu seni namanya.... kakaka

tasekM said...

azani,
seni lapar namanya bang.

haha.






kog,
mana ada mengarut.
aku tak makan kt kedai cina tu..

keh keh.






aku,
senilah sgt.
seni-kegagalan-nak-menang-jugak namanya.

haha.


.

haniaiman said...

kalau aku senget tu seni..hakhak..beb, kabur pon ok pe..seni tuuu..

tasekM said...

hani,
bab senget tu aku pun sama..
yg itu mmg seni!

keh keh.

nnti2 aku tunjuk gambar seni-kabur tu eh...?


:D




.

CAHAYA MATA said...

ok apa..
masuk situ..try tiger bakar cecah air asam...syiokkkk woooo... :)

janji kenyang kannn...

ohhooiiiii....





.

sudipVSsenduk said...

apa salahnya setakat masuk duduk lepak2 sambil hisap rokok sebatang dua... hehehe

tasekM said...

cahaya,
situ mana ada harimau bakar.
air kencing harimau ada la.

haha.






sudip,
aku tak merokok.
errr... nk kena try ke nih..?

keh keh.

:p



.