Tuesday, 28 February 2012

Jamlus


Satu hari.
Aku jemput dia balik mengaji.
Belah malam.

"Bye Jamlus...." sambil lambai-lambai tangan ke kawan dia.
"Jamlus nama kawan ko tu...?" aku tanya.
Aku memang main ko-ko je dengan dia.
Ha ha.

"Tak lah. Nama dia Jamil. Jamlus tu nama bapak dia...!".
"Pesal panggil dia Jamlus..?"
"Dah dia panggil MC Darren...".

Ye la...
Nasib baik la budak Jamil tu pergi mengaji naik basikal.
Kalau bapak dia jemput.
Nasib la ko MC...





.

Monday, 27 February 2012

Siput Pusing




Suka-suka aku bagi nama.
Keh keh.

Gambar siput yang aku ambil masa pergi Bukit Tinggi tahun lepas.

Aku cakap dengan siput.
Keluar sikit kepala aku nak tengok muka.

Dia buat derk.

Suka hati ko lah siput..




.

Thursday, 23 February 2012

Dah Lama Tak Pegang Senapang

Dedikasi Foto: Untuk Kamu Alin.




Tak ada masa nak jalan-jalan cari mangsa.
Dapat menembak lebah belakang rumah pun jadilah...




.

Wednesday, 22 February 2012

Tuesday, 21 February 2012

Segmen Benda Sedap: Cream Puff



Kenapa la benda-benda yang aku suka semuanya yang menggemukkan..?
Cer tekak ni suka ke batang celery ke...
Ye dak...?




.

Monday, 20 February 2012

Saturday, 18 February 2012

Thursday, 16 February 2012

Segmen Benda Sedap: Natural Cocktail Snack

Snek sihat.
Tidak digoreng.
Dia kasi kering je.






Ada gajus.
Ada badam.
Ada kismis hitam.
Ada kismis kuning.
Ada pistachio.
Ada buah ara (fig).
Sayang tak ada macadamia.

Memang sedap.
Dan sihat.

Mahal sikit la tapi.







.

Wednesday, 15 February 2012

Manggis

Manggis Kampung Banjar, Teluk Intan, Perak.



Jangan la nak mengaku orang kampung kalau pokok manggis pun tak tau panjat..!





Aku orang kampung.
Dan.
Aku tak reti panjat pokok manggis.
Gayat!


.

Monday, 13 February 2012

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi

Dedikasi Foto: Untuk Kamu Cklah.


Bunga ni tak ada kaitan dengan V day ke hape.
Aku beli semata-mata nak dijadikan model ambik gambor.

Entah bila entah, aku pernah tanya aunty  jual bunga tu.
Berapa sekuntum.
Dia kabor.
Seringgit enam kupang.
Ok la.

Minggu lepas.
Aku beli.
Dah naik 3 ringgit sekuntum.
Pesal mahal, aku tanya.
Sebab V day katanya.

Kecik besor kecik besor je aku tengok aunty  tu...




.

Friday, 10 February 2012

Tenggek Burung


Sejak duduk Melaka dah pandai makan benda ni.
Pucuk Tenggek Burung namanya.

Rasanya....
Ada sikit-sikit nak gaya rasa Tepung Talam Durian.
Rasa daun la.
Pahit-pahit.
Tak sedap.

Jangan mengada tanya burung apa yang bertenggek kat pucuk tu.
Sumpah aku tak tau.



.

Thursday, 9 February 2012

Bulan Malam Tadi

Gambar bulan malam tadi.
Aku ambil atas permintaan Hanie yang sedang hangat bercinta, dengor ceritanyalah.

Tapi aku yakin.
Setelah penat aku terteleng-teleng mengambik gambor ni.
Yang dianya bukan nak tengok pun.
Percayalah...

Tak gitu Hanie..?
Dishhhh....
*siku perut sedas*


Sekitar jam 8.10 p.m. Bulan kaler kemerah-merahan. Pesal ntah...


Ini sekitar jam 9.25 p.m. Dah putih balik.



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Ada kaitan tak...?
Kah kah.




Kau diam Peah... :p


.

Wednesday, 8 February 2012

Setawar



Orang Putih panggil Star Wars.
Keh keh.

Ok.
Aku tipu. Tak kan la betul pulak...


Anak tunas dia macam gigi eh...?



.

Tuesday, 7 February 2012

A_dam Sya_fi



Satu hari aku bawa dia main basikal di Tasek Ayer Keroh.
Aku nampak dia terkial-kial kayuh basikal.
Aku tolak basikal dari belakang.

'Jangan la tolak...' - Dia.
'Kalau Ibu tak tolak... Adam tak boleh gerakkan basikal ni..' - Aku. Sambil aku lepaskan tangan aku dari belakang basikal.

Aku tengokkan akal dia.
Kayuh-kayuh.
Basikal tak bergerak.

Kayuh lagi.
Basikal tetaplah tak boleh bergerak.




'Ibu... Ok. Sekarang boleh tolak!'.

Keh keh.




.

Ingatkan....

Yang ini sahaja Tahi Ayam.




Rupa-rupanya.
Yang ini juga Tahi Ayam.




Kita tak berapa pandai ilmu bunga-bunga...



.

Sunday, 5 February 2012

Kapal Selam Atas Darat












Pantai Klebang, Melaka.

Harga Tiket:
Dewasa - RM 1
Kanak-kanak - RM 0.50.

Keluar dari situ.
Ada gerai Makcik jual ubi kayu rebus + sambal ikan iblis bilis + kelapa campur gula merah.
Gila menendang!






.

Friday, 3 February 2012

Simpan Lama-lama Dalam Peti Ais




Sampai bercambah.
Bukan sikit-sikit punya cambah.
Dah macam tanduk.

Aku ingat nak jadi petani kentang-peti-ais la...



.

Thursday, 2 February 2012

Bintang Hati





Konon-konon nak buat sajak tapi sepatah haram tak keluar.
Lain tahun la aku buat...



.

Wednesday, 1 February 2012

Segmen Benda Sedap: Egg & Potato Salad

Egg & Potato Salad katanya...






Aku macam nak bantah je nama yang tokeh kedai tu bagi.
Aku membayangkan salad tu macam...





... macam salad la!


.