Saturday, 31 March 2012

Sabtu Yang Sunyi

Pagi ni.
Merayap-rayap di alam maya.
Tiba-tiba rasa sunyi sangat.
Semua orang tengah sedap tidur rasanya nih...


Foto untuk sahabat yang hantar bungkusan semalam. Terima kasih atas ingatan. Terima kasih atas persahabatan.



Korang.
Bangun la wey...


.

Friday, 30 March 2012

2 Cerita Petang Jumaat



Belalang belakang rumah.
Seksi betul kaki....




Sudah sampai.
Terima kasih kawan...




.

Siri Kegagalan

Bak kata Puan Sudip.
Asyik tunjuk gambar cantik sahaja.
Cer tunjuk yang tak jadi.




Yang ini gagal yang amat sangat.
Patut fokus kat bunga.
Tertala ke rumput...




.

Thursday, 29 March 2012

Kek Kilang Teh



Kek di kilang teh Boh.
Kilang teh ada banyak rupanya kat sana.
Yang ini kilang di Tanah Rata.
Ke Ringlet...?
Alaaa... Tak ingatlah pulak.

Nama kek adalah tak ingat juga.
Tapi berperisa pisang + karot.
Sedap.

Bukan aku punya.
Tumpang semulut orang punya...


.

Wednesday, 28 March 2012

Untuk Kamu

Untuk kamu yang email aku semalam.
Nak sekeping foto.

Aku baik :D
Aku bagi 2 keping (macam tak betul je penjodoh bilangan keping ni eh..?).







Suka ke tidak..?
Kalau tak suka nanti aku bagi gambar lain..

:)



.

Monday, 26 March 2012

Berapa Siri Lagi Nak Habis Cerita CH Nih...?

Aku baru perasan.
Selepas 3 hari lepak Cameron.
Yang. (lepas 'yang', titik.... amacam? kah kah)
Barang-barang yang dijual di MARDI CH adalah sedikit murah berbanding tempat lain.

Yang aku suka MARDI ni ialah kamu boleh lihat macam-macam di sana.
Ladang strawberry.
Ladang kailan (kalau tak silap aku).
Ladang bunga-bunga yang bermacam-macam termasuklah bunga yang kamu tak jumpa di bawah.
Jangan pergi cari bunga telur sudahlah.
Bertelur dahi kang...

Dan ladang teh pun ada ok...
Aku tak sempat pergi la tapi.
Sebab bapak dah bising.
Lama no dok dalam MARDI.
Maka.
Kami pun keluar dan merayap tempat lain.

Bayaran masuk hanya RM3 untuk dewasa.
Kanak-kanak separuh harga.

Celah mana tempatnya?
Di Tanah Rata.
Kau jumpa je Stesen Bas CH, depan sikit belok kanan.
Terus.
Carilah sampai jumpa.

Depan MARDI tu ada apartment yang kamu boleh sewa.
Puncak Arabella namanya.
Kami lepak situ.

Sumpah sejuk.
Tapi aku taklah kejap-kejap nak terkencing.
Kejap-kejap nak terkencing.
Injap baik lagi rasanya.

Keh keh.



Bunga ni pun aku ambil dalam MARDI.




.

Saturday, 24 March 2012

Thursday, 22 March 2012

Wednesday, 21 March 2012

Teringat Bahulu




Sori.
Kualiti gambor ke-laut.
Ambik guna henfon cap ayam.
Gambor lama.

Dah lama betul tak buat bahulu.
Sibuk buat kerja lain je.
Heh~

Yang ni bahulu untuk KOG.
Bekal dia pi London dulu.
Entah bila dulu pun aku dah tak ingat.
KOG ingat kot...




.

Sunday, 18 March 2012

Thursday, 15 March 2012

Hujan KL



Dah lama betul tak ambil gambar titis hujan.
Satu: Sebab Melaka asyik panas memanjang.
Dua: Kalau pun hujan, masa pula tidak mengizinkan dek kerana urusan itu-ini yang tak pernah habis.

Hari ini.
Habis sahaja mesyuarat, terus capai senapang.
Kebetulan hujan baru berhenti.

Ini bukan hujan Melaka la tapi... marahlah cikgu BM saya letak tapi hujung ayat nih..
Ini hujan KL.

Ada beza tak..?.
Kah kah.








Jumpa minggu depan ye.
I Luv U.

Tiba-tiba... Kah kah.





.

Wednesday, 14 March 2012

Mengada








Sesungguhnya.
Hanya tekak orang-kampung-mengada sahaja yang mahukan strawberry buat sarapan.


.

Monday, 12 March 2012

Rose




Susah betul nak cari pokok bunga Mawar kat sini.
Rasa nak pindah duduk Cameron Highland.



.

Thursday, 8 March 2012

Gigit





Ya Encik Zirafah.
Kalau kau gigit aku.
Apa kau ingat aku tak reti nak gigit balik...? :p





Kenapa yang nak emo dengan zirafah pun entahlah...


.

Wednesday, 7 March 2012

Mencungap

Aku tak reti la ambik gambor api. Fokus ke laut. Lain tahun la aku cuba.






Kesibukan melanda.
Lain masa la kita beramas-mesra eh...?



.

Friday, 2 March 2012

Bunga Delima





Jangan tanya bunga delima boleh dibuat sayur ke tidak.
Aku siku perut...!

:p





.

Thursday, 1 March 2012

Gambar Tampal




Aku kalau tengok gambar ni.
Rasa macam gambar bunga merah tu.
Aku 'kerat'.
Kemudian 'tampal' pada background tembok tu.

Sebenarnya tak, ok...
Gambar tu memang gitu.

Ke aku yang berhalusinasi...?
(celah mana datang halusinasi pulak nih....?)

:p



.