Monday, 26 March 2012

Berapa Siri Lagi Nak Habis Cerita CH Nih...?

Aku baru perasan.
Selepas 3 hari lepak Cameron.
Yang. (lepas 'yang', titik.... amacam? kah kah)
Barang-barang yang dijual di MARDI CH adalah sedikit murah berbanding tempat lain.

Yang aku suka MARDI ni ialah kamu boleh lihat macam-macam di sana.
Ladang strawberry.
Ladang kailan (kalau tak silap aku).
Ladang bunga-bunga yang bermacam-macam termasuklah bunga yang kamu tak jumpa di bawah.
Jangan pergi cari bunga telur sudahlah.
Bertelur dahi kang...

Dan ladang teh pun ada ok...
Aku tak sempat pergi la tapi.
Sebab bapak dah bising.
Lama no dok dalam MARDI.
Maka.
Kami pun keluar dan merayap tempat lain.

Bayaran masuk hanya RM3 untuk dewasa.
Kanak-kanak separuh harga.

Celah mana tempatnya?
Di Tanah Rata.
Kau jumpa je Stesen Bas CH, depan sikit belok kanan.
Terus.
Carilah sampai jumpa.

Depan MARDI tu ada apartment yang kamu boleh sewa.
Puncak Arabella namanya.
Kami lepak situ.

Sumpah sejuk.
Tapi aku taklah kejap-kejap nak terkencing.
Kejap-kejap nak terkencing.
Injap baik lagi rasanya.

Keh keh.



Bunga ni pun aku ambil dalam MARDI.




.

13 comments:

JD Jen said...

Semattttt!
Acik Tas sila ajarin gue gimana mau ambil gamba sebegini?

kucingorengemok said...

ada tempat makan sedap? selain teh, scones, strawberi, dan lain² yang ala² inggeris tapi tak berapa inggeris tu...

sudipVSsenduk said...

tetiba teringin nak jadi rama-rama..

gadisBunga said...

mantop.

*

mardi tu best rupanya eh? boleh la terai next round.

CiKPuaNLawA said...

nak la bunga tu...chantek...

Aku said...

cantik sungguh bunga tu...

Mardi ada jual tepung tempura tak?

tasekM said...

jd,
tak tahu gimana mahuku ajarin.
aku main petik sahaja.

haha.






kog,
ntah la beb.
kitorg masak kat apartment je.

hehe.

tapi scone dekat bharat tea tu mmg meletop!






GB,
aku pun baru 1st time masuk.
best utk penembak macam kita beb...

:)






cikpuanlawa,
aku bagi gambar bulih la...
sila ambil.

:)







nizammmmmmmmm..!!!!


.

sepa said...

lama dah ke ada Mardi kat Tanah Rata. dulu aku ke sana, tak tau pulak ada Mardi...

*ko ada naik ke Brinchang, tak.?

:)

tasekM said...

sepa,
aku pun tak tau sejak bila wujudnya MARDI tu tapi aku baru 1st time pergi la...

naik.
siap pi pasar malam lagi... hehe.



.

Telor Power said...

wah lawa carnation kan....

nak murah kena tanya org tempatan. ada port2 yg lebih murah dari mardi pun ada sis.

lain kali nak pi sana lagi bg tau jer aku...

Telor Power said...

MARDI wujud sejak aku lahir lagi....kehkehkeh

tasekM said...

telor,
sejak lahir...?

lamanya tu..

errr... umur 40, kan..?

lalala..

:p



.

tasekM said...

sudip,
tertinggal komen ko nih.
dia pi masuk spam pulak...

rama2 santek eh..

:)



.