Sunday, 29 April 2012

3 Hari Di Padang

Sabtu - Ahad - Isnin.
Aku ada kat padang.
SMK Padang Temu.
Kejohanan Softball Terbuka Melaka.
Jom!


Setting Manual yang aku kira bolehlah.

Aku nak ambil gambar ni dari sudut yang lain  tapi takut tuan punya topi tu hempuk aku.

Aku pernah tanya anak-abah-no-6-yang-tak-join-games-kali-ini-sebab-bini-dia-baru-bersalin, 'Yang gemuk-gemuk tu larat ke berlari...?'. Dia jawab, 'Larat ok,,'. Ok. Aku percaya.

Team Terengganu. Gambar no 3, 4, 5 adalah auto setting. Sumpah aku tak suka. Manual lagi sedap la rasanya....

Anak-abah-no-5. Pemain import Terengganu. Importlah sangat....

Air free. Air beras. Sungguh.

Nasi Beryani alaaaa.... tak ingat nama pulak. Haji Thamby ke apa.... Padang Temu. Sedap sangat!


.

Friday, 27 April 2012

Merajuk




Yang merajuk budak belakang tu la.

Yang depan tu nasi ayam tak sedap.
Nasi tak sedap.
Ayam tak sedap.
Sup tak sedap.
Sos pun tak sedap.




(Sedapnya komplennnnnnn...)

.

Thursday, 26 April 2012

Ketagihan



Aku ada satu kegilaan suka makan kepala-sotong-(ke-janggut?)-goreng-tepung dekat jus_co.
Dah semacam satu ketagihan.

Tak bulih jadi.
Balik.
Kita goreng sendiri.


.

Tuesday, 24 April 2012

Bakso



Kalau tengok pentol gemuk-gemuk tu sangatlah mengujakan.
Tapi.
Sebenarnya lebih rasa tepung dari rasa daging.

Aku kecik hati betul...

Sup dia sedap la tapi.



.

Monday, 23 April 2012

Misi Menembak Bangunan-Putik-Jagung

Punya beriya-iya nak menembak gambar Bangunan-Putik-Jagung.
Pukul 5 sedap merewang dekat Melaka lagi.
Pergi  PC Fair  la.
Entah apa  fair  lagi kat MITC tu.

Sampai KL dah maghrib.
Makan-makan.
Solat.
Gerak ke Taman Tasik Titiwangsa.
Niat dihati nak ambil gambar dari tasik.
Cerita tu lain kali aku sambung.
Kita layan dulu gambar ni.

Inilah hasilnya.
Gambar KLCC yang diambil dari dalam kereta.
Kah kah.

Pada hal dah siap masuk KLCC tu.
Siap parkir kereta segala.
Kedai semua dah tutup.
Kami baru sampai.
Pedulik la kan...

Tembak punya tembak punya tembak.
Hasilnya...

Aku rasa.
View  dari dalam kereta ni aku lebih suka berbanding menembak depan Suria KLCC tu.
Buat habis duit bayar parkir sejam 4 ringgit je.



Menembak sementara nak tunggu traffic light bertukar hijau.


Senget itu seni. Keh keh.


Err... Kamu suka putik jagung..?
Saya suka sangat!

:)



.

Friday, 20 April 2012

Rama-rama III



Yang ini namanya Rama-rama Batik Indonesia.







Jangan buat gila percaya cakap aku...

.

Thursday, 19 April 2012

Gua Dan Polis Trafik

Gambor hiasan semata-mata.


Semalam.
Dekat  traffic light.
Tunggu lampu merah bertukar hijau.
Tiba-tiba muncul seorang polis trafik naik motor.
Baik punya berhenti sebelah gua.

'Pakai tali pinggang keledar...' polis tu  sound  ke gua.

Gua pun tarik tali pinggang keledar sambil buat muka malaikat-malaikat senyum ke abang polis.

Abang polis,
Gua bukanlah nak degil sangat tak nak pakai tali pinggang keledar.
Tapi gua semak la tali hok melintang tu...



.

Wednesday, 18 April 2012

Cerita Makan


Nasi Beriyani Mr. Tandoor, KLIA.
Mutton set = RM 12.
Set adalah termasuk air yogurt dalam cawan polistrine tu.
Dari segi harga: Oklah.
Makan dekat JM Beriyani hari tu pun satu set dekat RM 15 kalau tak silap.
Ke lebih?
Tak ingat dah.
Dan set adalah tanpa minuman.
Tapi kambing dia besor.
Yang ni nonet-nonet.

Mengikut tekak aku.
Aku kata: Bolehlah.
Bolehlah yang lebih kepada sedap daripada tak sedap.

Aku kategorikan nasi beriyani ni kepada 2.
Satu: kategori atas RM 10.
Dua: kategori bawah RM 10.

Untuk kategori satu.
Nasi beriyani terbaik adalah nasi beriyani Restoran Insaf di Jalan Tuanku Abd Rahman, KL.
Aku dah makan nasi beriyani di banyak tempat.
Tekak tetaplah kata tak boleh lawan nasi beriyani Restoran Insaf.

Untuk kategori dua.
Nasi beriyani terbaik adalah Nasi Beriyani Batu Pahat Pakcik Salim.
Depan JPJ Melaka.
Masih tiada tandingannya.
Aku beranggapan begini: Pakcik tu memasak dengan penuh keikhlasan hati dan dengan selawat.

Tapi percayalah.
Aku memang tak mampu nak habiskan satu hidangan nasi begitu.
Perut dah sempit.
Aku syak sebab aku dah tua...



.

Tuesday, 17 April 2012

Saturday, 14 April 2012

Katak Oh! Katak



Daun keladi tu saiznya tak sampai besar tapak tangan aku.
Maka.
Bayangkan saiz katak tu: Kecik betul...

Dan.
Aku adalah manusia yang takutkan katak.
Letak singa depan aku tak pe lagi...




.

Friday, 13 April 2012

Rama-rama II




Sekali pandang.
Macam ok je foto ni.

Tapi.
Kalau ditenang (tau tenang..? :D) betul-betul memang ada yang tak kena.

Fokus.
Apa barang fokus ke batu lagi banyak daripada fokus ke rerama..?

Puncanya gini.
Mula-mula tu rama-rama tu dah baik punya mendepang kepak.
Time    aku nak tekan    shutter.
Dia pergi angkat ketiak.
Ketiak?
Apa-apalah.

Dasar rerama tak boleh dibawa berbincang...







.

Thursday, 12 April 2012

Rama-rama I




Aku sebenarnya sakit kepala.
Tapi gigih juga nak menembak.
Ingat kot balik menembak sakit kepala hilang.
Haram...



.

Tuesday, 10 April 2012

Titis Hujan Petang




Sebenarnya aku nak ambil gambar titis air di hujung jari aku.
Entah kenapa kamera tak nak fokus.
Geram betul.




.

Friday, 6 April 2012

Kalaulah Aku Kucing...


Aku mungkin macam dia nih.
Muka selamba tak ada perasaan.



Tang muka je la tapi...
Tang perut meloyot tu tak nak la heh..



.

Thursday, 5 April 2012

Tetamu



Gara-gara aku terlupa nak berkongsi rezeki.
Sampai  ke ampaian aku dia panggil.
Dan.
Pernah satu hari.
Dia masuk terus ke dalam dapur.

Kamu suka burung..?
Aku suka!

.

Wednesday, 4 April 2012

Putu Mayam



Sebenarnya aku sebut Putu Mayum.
Tapi yang betul adalah Putu Mayam ye dak..?

Aku tak jumpa lagi orang Melayu jual kuih ni.
Aku beli kat Koling-pet-pet-naik-basikal-lalu-depan-rumah-petang-petang.

Sedap!


.

Tuesday, 3 April 2012

Bunga Brader



Walaupun fokus hala ke bunga, aku tetaplah nak terpandangkan brader kat belakang tu.
Terganggu pulak rasanya.

:p



.

Monday, 2 April 2012

Siri Kegagalan II



Yang ini kalau korang kata tak gagal juga memang aku nak kecik hati...

:p





.

Sunday, 1 April 2012

Kaktus


Kaktus yang kiut.
Kalau bubuh mata, hidung dan misai nampak macam Hello Kitty eh...?

Menyampah tak dah tua-tua minat Hello Kitty..? :p



.