Thursday, 31 May 2012

Pemberian

Pemberian I

Dari kawan baru.

Terima kasih, Awak.


Pemberian II 


Kadang-kadang orang yang kita harapkan dia ingat, tak ingat pun.
Sebaliknya.
Orang yang kita rasa takkanlah-dia-ingat, ingat rupa-rupanya.

Ironinya.
Doa orang-orang yang takkanlah-dia-ingat ini termakbul.
Doa KOG misalnya.

Doa pukul 8.
Pukul 8.15, bila aku  check,  doanya termakbul  ;)


Terima kasih, Awak.



Terima kasih juga untuk Awak yang belanja kita separuh speedlight. Separuh lagi kita bayar sendiri. Keh keh... Testing... Masih belajar lagi.



Terima kasih kawan-kawan.
Terima kasih semua.
Moga kamu dimurahkan rezeki.
Moga kamu bahagia...



.

Monday, 28 May 2012

Lembik

Aku.
Setiap kali nak mula puasa.
Memanglah lembik.
Mengantuklah.
Sakit kepala la.
Rasa nak muntah la.

Tapi.
Kalau dah mula.
Hari kedua, ketiga dan seterusnya dah tak ada masalah.
Kemahen steady siap boleh buat kerja ala-ala buruh.

Ada sehari lagi nak kena ganti.
Dah nak puasa balik baru nak ganti.
Keji.


Apa kes tengok rerama pun lapar nih...?





.

Friday, 25 May 2012

Sepet

Gambar ni aperture besor sangat. Fokus pulak ke batu. Apa kes?


Kenapa la asal aku tengok kucing ni aku teringat ke Le_e Ch_ong W_ei...?


.

Thursday, 24 May 2012

Seekor Kucing Dan 2 Biji Ubi Kayu







Masa fokus ada kucing je.
Dah  tekan shutter tiba-tiba  ada pulak 2 tongkol ubi kayu menjelma.





.

Tuesday, 22 May 2012

Panning Edisi Percubaan

5 kali petik shutter.
Yang ini je la nampak ok sikit.

Sekali dia bawak perlahan sangat la.
Sekali jarak dekat sangat la.
Sekali dia bawak macam pelesit.
Sekali aku tak tertekan shutter.





Malas aku nak suruh dia pusing banyak kali.
Nanti dia naik darah.

Lain kali la cuba lagi...





.

Monday, 21 May 2012

Penembak Cicak

Saya ada pistol. Awak ada...?






A_dam Sya_fi.
19 Mei 2012.
Sebelum mengaruk ajak pergi tasik.





.

Friday, 18 May 2012

Dima

Dima.
Lot 1846, No. 2, Jalan Bukit Beruang Utama,
75450 Melaka.

(Ini ada percubaan mencaras blog KOG. Ehem!)


Shawarma. Kalau kamu ke MekD, lebih kurang foldover la gitu...

Saya suka.
Sebab ayam dipanggang + banyak sayur + tiada minyak.

Pilihan nasi Arab adalah bermacam-macam.
Tapi aku tak mampu nak makan.
Sepinggan tu banyak no nasinya.
Tengok orang makan pun dah rasa nak fengsan..




.

Thursday, 17 May 2012

Kawan Memberi Kita Merasa

Dia kata.
Tunggu.
Dia nak poskan sesuatu.

Dia pun kata.
Tunggu.
Dia nak poskan sesuatu.

Syoknya ada kawan-kawan maya yang baik hati ni.


Yang ini dari Sepa. Terima kasih banyak-banyak.

Dan.
Aku pun teringat yang aku berjanji nak poskan sesuatu kepada Seorang Kucing.
Dari raya tahun lepas.
Sampai dah nak raya balik.
Haram tak berhantor.

Keh keh.

Tunggu ye beb.
Aku tengah mencari buku resepiku yang hilang.
Ko mesti nak kata.
Alasannnnnnnnnnnn...



.

Wednesday, 16 May 2012

Cukup


Yang dihajat sudah dapat.
Ok.
Cukup.
Lepas ni tiada lagi lens.
Kumpul duit untuk beli speedlight pula.

Mula-mula.
Aku riki harga pasaran.
Kemudian.
Aku set.
Aku nak beli lens ini dengan harga kurang RM50 daripada harga pasaran.

Selepas 3 kedai aku pergi baru jumpa.
Aku cakap dengan budak tu siap-siap.
Aku nak beli lens tu dengan harga sekian-sekian.
Kalau kau tak nak jual dengan harga tu aku balik.

Lepas budak tu tengok-siling-tengok-lantai-tengok-siling-tengok-lantai.
Dia kata, ok.
Yeah! *lompat bintang*

Lepas tu.
Aku buat aku punya mulut manis.
Dan.
Budak tu bagi aku percuma UV Filter.
Wehooo.. *lompat bintang kaki ke atas*




Testing...


Terus terang cakap.
I do love the bokeh.

Korang sebut apa...?
Aku sebut bo-kay.
Ada yang sebut bo-key.
Tapi ramai juga Mat Saleh yang sebut bo-kah.

Sebutlah apa-apa pun...








.

Tuesday, 15 May 2012

Sardin



Produk Bang Jib yang aku boleh terima.
Isi ikan nak gaya sardin cap berjenama.
Tapi tetap tak boleh lawan Sardin Cap Ayam.


.

Monday, 14 May 2012

Bajet Anak 8



Buat ais krim satu peti ais.
Kah kah.
Macam la anak ko ada 8 orang.




.

Saturday, 12 May 2012

Jerangkung

Sejak aku beli Kekanda-Nik-Abang-Ngah.
Budak MC minta Kekanda-Nik-Abang-Long.

Aku kata.
Ambillah.
Dengan pesanan: Jaga baik-baik. Jangan bagi terhempas.

Ada hari.
Mungkin aku nak guna Kekanda-Nik-Abang-Long tu sebab dia punya lensa boleh pergi sampai 525mm.
Superb ok.





Budak zaman sekarang. Satu hari je kau bagi barang. Dia dah pandai nak guna macam mana.



Antara gambar yang dia ambil. Kira bolehlah untuk first-timers.


Dan.
Dari gambar tu.
Aku baru perasan.
Yang jari-jari aku macam jerangkung...




.

Saturday, 5 May 2012

Anak Orang



Aku sebenarnya tak ada mood nak menembak.
Godak-godak folder.
Jumpa gambar ni.

Gambar anak orang.
Comel.


.

Tuesday, 1 May 2012

Yang Panjang

Sudah angkat yang panjang.
70-300mm.  
Lense  pendek 18-55mm sedikit mengganggu kreativiti diriku.


Sengaja guna  aperture  besar atau dengan kata lain  F  no.  yang kecil untuk lajukan  shutter speed  gara-gara tak nak guna  flash dalam keadaan cahaya tak cukup. Hasilnya: Gambar-berkualiti-ke-laut. Menyampah aku tengok. Nak ambil lain adalah tak-kuasa.



Ini yang nak mengaku kreatif..?
Pergi jalan....



.