Wednesday, 27 June 2012

Sama Species

Cuma...


Yang ini batang dia panjang-panjang...

Dan.



Yang ini kontot....




.

Sunday, 24 June 2012

Light Trail

Jejantas bangsa melengkung. Bila kita duduk tengah-tengah, tripod senget. Nanti la repeat dekat tempat lain....




Tembak punya tembak.
Tengok jam.
Baru aku perasan..

Apa kes dah lebih pukul 11 malam aku masih tercongok dekat jejantas Melaka Sentral nih..?

Lipat tripod.
Balik.



.

Saturday, 23 June 2012

Tiru

Konon-konon nak tiru GB.
 
Siap ada ekor. Kah kah.


Kalau dah dasar tak berseni tu...
Tak payah la, kan...?



.

Wednesday, 20 June 2012

Wajib Repeat


Pemandangan depan rumah.
Tak sedap langsung.

Dah terfikir nak buat light painting dekat Tasik Titiwangsa.
Boleh nampak KLCC balik belakang.
Tunggulah bila balik KL nanti.

Light source tak berapa sedap.
Nonet no.
Boleh pulak torch light tak ada bateri kala-kala tu.
Permainan budak MC yang ada lampu boleh pusing-pusing pulak dah jahanam.
Aku rasa.
Kalau ada bunga api kucing hitam tu sedap juga la....


Cubaan menggunakan lense 35mm. Wajib repeat. Dan tukar lense lain.


Ada kalanya.
Aku hadapi masalah tak boleh fokus.
Nak kena manual fokuskah..?

Tolong beri saya pedoman sikit...




.

Saturday, 16 June 2012

35mm



Nikkor AF-S DX 35mm f/1.8G.
Lense ni sangatlah sedap.
Tahap saranan aku untuk kamu memilikinya ialah 10/10.

Lense ni untuk potrait sebenarnya.
Aku ambik gambar bunga.
Pedehal...




.

Friday, 15 June 2012

Rama-rama Yang Tak Kejung




Aku dah letak gambar ni ke belum aku tak pasti...
Nak pergi godak entri dulu-dulu pun malas.

Apa je yang ko rajin Tas...?





.


Thursday, 14 June 2012

Monday, 11 June 2012

Donut

Donut Big Apple. Sedap rasa nak fengsan. Lepas makan dan-dan rasa nak pergi joging 10 round.


Ceritanya.
Sebelum aku mencekik donut tu.
Aku pergi ke pasaraya beli itu ini.
Termasuklah 1/4  tembikai merah.
Aku jarang beli sebiji sebab aku tak boleh nak tengok isi dalam.

Masa nak keluar.
Guard   pasaraya tegur.
'Besor tembikai...'.

Pakcikkkkkkkk....
Kot ye pun nak beramah mesra.
Tak payah tegur gitu gaya.

Memang aku ada terfikir nak langgar je dia dengan troli...




.

Wednesday, 6 June 2012

Cucu Mak No. 5

Emak ada 5 orang cucu.
Bagi aku.
Yang ini paling comel sekali.

Tengok muka dia nih.
Aku teringat bapak dia kecik-kecik.
Adik bongsu aku.

Adik bongsu aku.
Aku yang bagi nama.
Sebab.
Dia lahir.
Beberapa bulan selepas abah aku meninggal dunia.


I_zara Atie_rah.


Aku suka pegang tangan baby. Mulus je.






.

Monday, 4 June 2012

Penat Hujung Minggu

Melaka - KL - Teluk Intan - Kodiang - Teluk Intan - KL - Melaka = Hari ni aku cuti penat.
Hehe.
Sedikit foto dari jurufoto-tak-rasmi.


Setiap kali adik-adik aku nikah aku mesti sedih. Pesal ntah.


Na_zer.


Hus_na.

Yang belakang tu jurufoto rasmi.

Ayam golek pesen meniarap. Lauk pengantin tapi aku makan sekali. Siap ambik kerusi makan depan pengantin. Kah kah.




.