Tuesday, 31 July 2012

Sokabar



Entri tak ada matlamat.
Saja petik-petik kamera.

Cer teka.
Kat tv tu cerita apa...?




.

Sunday, 29 July 2012

Jam Bendera Tinggi

Patutnya kat hujung besi atas tu ada bendera bapak-besar. Deme tak pasanglah pulek....


Sesi mencuba wide angle lense.
Masih belajar.

Tak pandai sangat lagi....


.

Thursday, 26 July 2012

Ramadhan 6





Jemaah Terawikh dah tinggal separuh berbanding Ramadhan 1.

Aku harap tahun ni aku puasa penuh.
Tak.
Aku tak mengandung.
Aku harap period aku gila.
Bulih...?

:D







.

Thursday, 19 July 2012

Anak Orang

Alia



Aku tak ada anak kecik.
Makanya.
Aku selalu bawa anak orang berjalan.

Besar-besar ni ok la.
Aku angkut masuk dalam kereta.
Suruh dia duduk elok-elok.
Aku layan dia borak.

Singgah kedai.
Belanja dia ais krim.
Dia pun happy.

Kecik sangat aku takut pulak.
Kang dia melalak dalam kereta mintak susu ke hape.
Apa aku nak sumbatkan.
Tak kan nak sumbat botol minyak hitam pulak, kan..?

Yang ni anak jiran sebelah rumah.
Minggu lepas deme pindah rumahlah pulak....



(Pehal banyak nho 'pulak' dalam entri aku nih...? Lantaklah. Malas nak edit)

.

Tuesday, 17 July 2012

Monday, 16 July 2012

Menembak Petang-petang

Pantai Klebang, nanti saya datang lagi....


Tepi pantai ramai  orang.
Balik dekat nak maghrib pun tak pe.

Kalau tepi tasik aku takut.
Rasa macam ada hantu tiup-tiup je tepi tengkuk....



.

Thursday, 12 July 2012

Siri Ada Hari #3



Langit memang nampak biru dalam foto eh...?
Kalau tengok dengan mata kepala... tak biru sangat sebenarnya.









.

Wednesday, 11 July 2012

Matahari



Gambar tersurat: Matahari cantik bulat.
Gambar tersirat: Perghhh... Berkeladaknya cermin kereta.

Percayalah.
Sepanjang tahun 2012 ni.
Baru Sabtu lepas cuci.
Buat kali pertamanya...

Heh.




.

Monday, 9 July 2012

Siri Ada Hari #2

Bawak senapang pergi bengkel bas.
Kadang-kadang aku bawak Nikkor.
Kadang-kadang bawak Tamron.

Dalam hati dah ada niat nak angkat wide angle Sigma.
Mahal tapi.
Nanti-nantilah...


Using my Tamron 70-300mm.


Burung...
Pandanglah sini...





.

Saturday, 7 July 2012

Siri Ada Hari

Ada hari.
Aku suka bawa kamera aku ke hulu ke hilir.
Untuk ambil gambar apa-apa sahaja yang aku jumpa depan mata.





Aku ingat nak ambil gambar anjing.
Tak mandang pulak anjingnya...




.

Friday, 6 July 2012

Bunga Raya Pink

Fokus huru-hara. Ni nak ambik gambor bunga ke gambor daun nih...?


Pink itu cantik.
Tapi.
Sangatlah tak kena dengan aku.

Rasanya la..
Ke perasaan aku je eh..?





.

Tuesday, 3 July 2012

Susah Nak Cari

Sesungguhnya.
ND Filter adalah sesuatu yang agak sukar untuk dijumpai di Melaka.
Lepas satu kedai ke satu kedai aku cari.

Aku nak yang adjustable.
Tak ada.
Kalau nak kena order kata mamat tu.
Aku tak koser nak tunggu.

Yang ini ND8.


Kalau tak guna filter gambar tak dapat gelap gini gaya. Baru jam 7 lebih sikit masa  ni.


Harap aku ada masa nak mengadap sunset.
Yang benornya aku ni malas nak menembak petang-petang.
Manjang masa yang aku alasankan.

Heh.



.

Monday, 2 July 2012

Teluk Intan Dan Gua

Ini Teluk Intan. 



Malam-malam memang ramai yang bersenang-senang.
Nak buat graffiti tanpa nampak manusia di belakang adalah agak mustahil.
Tak kan nak tunggu jam 4 pagi kot...?
Tak koser.

Dan.



Ini gua.



Kenapa yang vontot nampak macam ada kampit beras tu pun gua tak berapa paham...

Gambar memang suka menipu..!
Dah gambar pulak yang gua salahkan.



.