Sunday, 30 September 2012

Gadis Tingkap




Aku.
Asal rasa-rasa perlukan model.
Memang dia ni lah yang jadi mangsa.

He he.




Lokasi: Gunung Lang, Ipoh.

.

Friday, 28 September 2012

Teratai

Gelap eh..? Aku mengadap matahari. Punyalah seksa nak snap supaya gambar tak overexpose dan berbayang...


Tasik tempat aku menembak teratai ni terletak di perkampungan Orang Asli.
Oleh kerana laki aku sayangkan bini.
Dia sanggup pi teman.

He he.


.

Thursday, 27 September 2012

Potrait Raya #2

Dek Ja. Mulut berlemuih makan Mi Rebus.

Ain. Dia ni pulak mulut berlemuih makan Spagetti.



Cerita Ain:

'Mak Long nak tau... Cekgu Tadika yang gemuk tu... Dalam beg dia bukannya ada buku. Ada kumbang...!!!!'.

Kih kih.
Terhibur betul aku dengan cerita-cerita dia nih...



.

Tuesday, 25 September 2012

Makan-makan di Vietnam

Sejujurnya. Sampai ke sudah aku tak tau benda ni apa. Kadang-kadang aku rasa macam ayam. Kadang-kadang aku rasa macam ikan.

Mula-mula aku ingat pepahat. Rupa-rupanya sejenis sayur. Rasa nak gaya cendawan batang kecik-kecik tu.

Aku tengok macam seaweed. Terus aku tak makan.

Yang aku tak tahan. Semua kedai makanan halal yang kami singgah sediakan air sejuk. Aku ni dah la tekak air panas. Tak panas, suam pun tak pe la....



Sebetulnya ada banyak lagi gambar makanan yang aku nak ambik.
Cuma aku takut orang lain yang tak boleh terima dengan perangai aku yang asyiklah nak ambik gambar makanan.
Maka.
Aku ambillah mana yang sempat.
Makanan yang ada depan mata je.

Aku bukannya pergi 2, 3 orang.
Tapi 30 orang.
Mahu jugak kena hentak asal makan nak ambik gambar, kan...?

Kesimpulan yang aku bagi untuk makanan di Vietnam: Tak sedap.
Kah kah.

Sebab?
Semua benda depa bubuh gula.
Semua benda nak manis.
Asam Pedas manis.
Yang aku tak tau ikan-ke-ayam tu pun manis.
Sayur manis (sesetengahnya ok)
Hatta telur dadar pun manis.

Sungguhlah aku tak boleh terima telur dadar manis... Heh~



.

Monday, 24 September 2012

Bao Tang Chung Tich Chien Tranh

atau War Remnants Museum.
Ho Chi Minh City.

Banyak foto.
Aku upload sikit-sikit la ye...



Bilik yang digunakan oleh tentera Amerika untuk memancung kepala orang Vietnam.


Nampak tak lubang pada tempat pemancung tu..?
Ok.
Depa letak tengkuk dalam lubang tu.
Prap... Pisau yang belah atas tu dijatuhkan.
Kepala yang terpancung akan tergolek masuk dalam bakul rotan bawah tu.
Dan kemudian.
Kepala-kepala dicampakkan ke dalam lubang macam perigi belah kanan tu.

Kejamnya Amerika.
Huh~




.

Friday, 21 September 2012

Sungai Mekong

Sungai Mekong.
Antara tempat yang banyak memberi kesan emosi pada saya.
Sepanjang saya di Vietnam.

Saya sebenarnya punya banyak cerita dalam kepala.
Yang tak terungkap dengan kata-kata...




Sesak dengan sampan-sampan.
Ibarat teksi-sungai.

Benar.
Kehidupan mereka sukar.

Maka.
Bersyukurlah kita....



.

Tuesday, 18 September 2012

Friday, 14 September 2012

Thursday, 13 September 2012

Saya Sudah Pulang...



Sebelum pergi saya demam.
Di tempat orang saya demam.
Dan sekarang masih demam.

Hari ni dah kuat sikit.
Nanti saya lawat blog kamu ye...



.

Friday, 7 September 2012

Saya Pergi Dulu....

.























Saya tak sihat tapi.
Sudah jumpa doktor.
Doktor tak galakkan saya pergi.
Tapi tak kan nak batalkan.

Saya tawakkal sahaja.
Doakan saya sihat ye kawan-kawan.





Dan.
Tunggu saya pulang....




.

Thursday, 6 September 2012

Cencaluk



Dah lebih 10 tahun duduk Melaka.
Sampai sekarang aku tak tau nak makan cencaluk nih...





.

Wednesday, 5 September 2012

Pelakon Pentas Dunia



Aku suka  street photography.
Merakam wajah-wajah manusia dengan pelbagai aksi yang terzahir dan cerita hidup yang tersorok disebaliknya.
Namun ianya bukan mudah.
Kerana ramai yang tidak suka diri mereka terakam di lensa kamera.
Termasuklah aku sendiri.

Maka.
Aku beli lensa panjang.
Dan mengintai dari jauh.

Hehe~





.

Tuesday, 4 September 2012

Cerita Makan

Lokan Masak Sambal. RM 9.00.

Sotong Goreng Tepung. RM 19.00.

Siakap Bakor sahaja. RM 21.00.

Dia punya Jeli Kelapa Pandan bapak punya sedap.
Rasanya ada ambik gambar hari tu.
Bulih pulak hilang.
Heh~

Makan 3 orang.
Air + Nasi 2 pinggan + Jeli Kelapa Pandan + lauk-lauk kat atas tu + Sambal Kicap Terangkat = RM57.00.

Lokasi: Gerai No. 1 Perkampungan Ikan Bakar Pernu.
Gerai nombor lain tak berapa sesuai dengan tekak kita orang...




.

Layan Bokeh #2







Seperti entri #1.
Lense cap itu hanya modal fokus.
Sila layan bokeh.

Oleh kerana abang Bangla kerja situ pandang aku macam dalam perut hati dia bercakap-cakap, 'Banyak juga orang gila kat Malaysia nih.....', aku tukar ambik gambar lense cap pulak.

Mungkin dia pandang aku kurang sikit gilanya la kot...




.

Monday, 3 September 2012

Layan Bokeh #1

Jangan layan jari aku yang kuning-hujung-sebab-makan-kopok-ayam-lepas-tu-jilat.
Pengotor eh...?
Tak la sangat.
Darurat.
Keh keh.

Sila layan bokeh.
Jari tu cuma modal fokus kamera sahaja.



Bokeh lampu yang banyak di Fun Park.


Buruknya jari aku. Orang rajin memasak la kata.... Lalalala... :p




Nanti aku sambung bokeh #2.
Dengan modal fokus yang lain pulak.
Tak la nampak gila sangat ambik gambar jari sendiri...



.