Tuesday, 25 September 2012

Makan-makan di Vietnam

Sejujurnya. Sampai ke sudah aku tak tau benda ni apa. Kadang-kadang aku rasa macam ayam. Kadang-kadang aku rasa macam ikan.

Mula-mula aku ingat pepahat. Rupa-rupanya sejenis sayur. Rasa nak gaya cendawan batang kecik-kecik tu.

Aku tengok macam seaweed. Terus aku tak makan.

Yang aku tak tahan. Semua kedai makanan halal yang kami singgah sediakan air sejuk. Aku ni dah la tekak air panas. Tak panas, suam pun tak pe la....



Sebetulnya ada banyak lagi gambar makanan yang aku nak ambik.
Cuma aku takut orang lain yang tak boleh terima dengan perangai aku yang asyiklah nak ambik gambar makanan.
Maka.
Aku ambillah mana yang sempat.
Makanan yang ada depan mata je.

Aku bukannya pergi 2, 3 orang.
Tapi 30 orang.
Mahu jugak kena hentak asal makan nak ambik gambar, kan...?

Kesimpulan yang aku bagi untuk makanan di Vietnam: Tak sedap.
Kah kah.

Sebab?
Semua benda depa bubuh gula.
Semua benda nak manis.
Asam Pedas manis.
Yang aku tak tau ikan-ke-ayam tu pun manis.
Sayur manis (sesetengahnya ok)
Hatta telur dadar pun manis.

Sungguhlah aku tak boleh terima telur dadar manis... Heh~



.

20 comments:

Dr Singa said...

mungkin bukan ayam..bukan ikan...


tasekM said...

drsinga,
habis tu apa eh...?
alaaa..... saspennya.

haha.



.

Siti said...

vietnam terkenal dgn ikan dory yg ditangkap dr sg mekong. hrp2 ikan dory la yg ko makan.

:P

PUTUBAMBU said...

hmm...complex jugak nak fikir tu kalau bukan ayam bukan ikan...

Daddy Ziyyad said...

Nampak macam paprik ayam..hahah

Rugi woooo tak minum air sejuk..kah kah kah..

Jom buat outing blogger DSLR, boleh tangkap gambar makanan banyak2 tanpa was was! :P

Nizam.Ariff said...

ikan Dori silap2 ada cacing halus... keh keh keh



telur dadar manis bukanke lebih kurang macam bahulu je?

tasekM said...

siti,
tgk rupa mmg nk gaya fillet ikan, kan..?








putu,
ada rasa ikan.
ada juga rasa ayam.

haha.

tekak aku ni yg bukan2 gamaknya.. heh~








drdaddyziyyad,
aku minum gak.
tapi lebih suka air panas.

:)

outing...?
aku ni pemalu... hihi.








nizam,
tu la kan...
rasa mcm kuih akok je.
tak bulih terima betul..



.

eLL said...

parahhhhhhhh

tasekM said...

ell,
mana2 pergi pun tetaplah makanan malaysia gak yg sedap eh..?

:)



.

Telor Power said...

ayam bukan ikan pun bukan.....

hmmmm....



ikan ayam kot

gadisBunga™ said...

pernah dengar ikan ayam tak?

:D

kucingorengemok said...

aku rasa tu katak

tasekM said...

telor,
ke tekak demam aku ni yg macam2?
heh~







gb,
ada ke beb..?








KOG,
hoi!

tu kedai makanan islam aaa...

:D



.

CiKPuaNLawA said...

selamat pagiii.....

kite datang bukan nak komen...
tapi nak mengadu..

kite kan asek kehilangan blog awak jer...seday kite...
dah dua tiga hari tak nampak blog2 awak.. kite tgok kat list dah tak de...huhhuu...hari pernah jadi gini..tak tau nape..


tapi takpe kite dah follow semula... hehehee

tasekM said...

cpl,
hah?

bulih main hilang2 pulak...?
misteri nih..


takpe beb.
hilang di mata.
di hati jangan...

hehe.



.

my360finder said...

tas...

baru lagi aku tengok kat tv

daging yang paling digemari musim panas kat sana

daging tikus!!!

erkkkk!!!..mungkin bukan ikan..bukan ayam

sepa said...

pernah makan mi goreng di Rantau Panjang. manis jugak.

Lady Windsor said...

macam masakan orang kelantan..goreng tauge pun manis...iskk ais segelas tu..seleranya...

Lady Windsor said...
This comment has been removed by the author.
tasekM said...

my,
kak... org vietnam mmg mkn tikus.
tour guide kami pun makan katanya.

tapi aku mkn kt restoran makanan islam la kak... ko jgn mcm2.

haha.







sepa,
aku pernah makan sambal sotong kat kelantan,
manis!!!!
mcm pengat.

heh~








LW,
aku kalau masak sayur manis nho rasa tak bulih terima betul...



.