Wednesday, 31 October 2012

Kaki Buat Cerita Tergantung

Gambar makhluk-tidur-tergantung ni kabur. Aku nak salahkan lens tamron yang tak ada VR tu. Keh keh. Oh! Ya. Makhluk ni dah keras....



Agak-agak aku sambung tak cerita kucing semalam tu...?
Tak.
Aku malas.

Kah kah.

Aku kan memang kaki-buat-cerita-tergantung...?



.

Tuesday, 30 October 2012

Sesal

Gambor tak ada kaitan.


Pagi tadi.
Masa nak pergi sarapan dekat kedai Pak Husin.
Aku terdengar bunyi kucing mengiau.

Aku pandang dalam longkang.
Aku nampak seekor  kucing.
Lebih kurang remaja la aku agak usianya.

Aku miau dekat dia.
Dia miau balik pada aku.
Aku faham.
Dia nak mintak tolong keluarkan dia dari longkang tu.

Longkang tu kering.
Tetapi besar.
Dan dalam.

Kucing tu mungkin buntu tak tau macam mana nak lompat ke atas.
Aku pulak fikir.
Boleh nak tolong.
Cuma.
Aku boleh turun ke dalam longkang tu.
Tapi aku tak dapat ilham macam mana aku nak naik balik.

Dalam kata lain, tak ada tempat untuk aku berpijak untuk aku naik.
Aku boleh berpaut pada batang besi yang ada pada longkang.
Tapi ianya memerlukan  kekuatan tangan untuk menarik badan aku ke atas.

Tak boleh.
Tangan aku tak cukup kuat.
Badan aku berat.

Makanya, aku buat keputusan.
Aku cakap dekat kucing tu. 'Eh! Nanti la eh... Aku nak pi makan jap...'.



.... bersambung....




.

Sunday, 28 October 2012

Serba Tak Kena



Serba Tak Kena I

Tengoklah kuah kacang saya.
Dengan skill-buat-kuah-kacang-setahun-hanya-sekali, memang hebat hasilnya.

Hebat sangat!
*mata ke atas tangan di dada*

Cuba teka.
Apa yang cemerlang sangat tak kena  dengan kuah kacang saya nih...?


Nota: Tengok kuah kacang sahaja ye. Janganlah kutuk sudu plastik dan mangkuk-percuma-beli-sabun-(rasa-rasanyalah)-saya. Saya malu sebenarnya.



Serba Tak Kena  II

Belah-belah lemang.
Zraappppp..... Buluh lemah hiris jari hantu.
Terbelah.
Darah menitik.
Tekap-tekap darah tak mahu berhenti mengalir.
Dah kena bungkus jari.... Heh~



Serba Tak Kena III

Angkat katil.
Terhempap kaki.
Satu jari berdarah.
3 jari bengkak.



Serba Tak Kena IV

Saya demam!








Serba tak kena kan..?




.

Wednesday, 24 October 2012

Friday, 19 October 2012

Cerita Di Sebalik Limau Ais Kosong



Gambar ini aku ambil pada malam merdeka yang lalu.
Di Banda Hilir.
Saja jalan-jalan.
Lepak-lepak kedai mamak.
Tak pergi sambut merdeka pun.

Sedang aku menikmati suasana malam merdeka, aku terperasan sesuatu.
Di jalan raya berdekatan.
Tiba-tiba sebuah kereta memintas sebuah kereta lain.
Pemandu kereta yang memintas menyuruh pemandu kereta yang satu lagi berhenti.

Dan kemudian.
Kedua-dua mereka memakir kereta berhadapan deretan kedai tak jauh dari situ.
Di dalam kereta yang memintas: Ada seorang lelaki Cina dalam lingkungan 30an. Berseorangan.
Di dalam kereta yang dipintas: Ada seorang lelaki Cina yang agak berusia dan seorang perempuan Cina muda.

Ketiga-tiga mereka keluar dari kereta.
Aksi pun bermula.
Mereka bergaduh.
Lelaki Cina muda memaki lelaki cina tua.
Bukan setakat maki, siap dipukul, didebik, diterajang dan dia ditarik ke lorong belakang kedai.
Entah apa yang berlaku seterusnya aku tak tahulah.

Semua yang berada di situ hanya memandang.
Termasuklah aku.

Dan kami mula berspekulasi.
Agaknya: Pompuan tu bla bla... Cina tua tu bla bla bla... Yang menibai tu bla bla...
Atau.
Mungkin juga: Pompuan tu bla bla bla bla bla bla bla bla...




Ah! Hidup ini macam drama, kan...?




.

Thursday, 18 October 2012

Belacak



Belacan  Belacak, kan nama dia..?
Aku takut betul.
Naik tegak-tegak bulu roma tengok...




.

Wednesday, 17 October 2012

Kubur Atas Sawah

Binaan di tengah sawah itu adalah kubur. Ya. Bagi yang ada sawah, mereka akan disemadikan di tengah sawah.



Aku baru tau.
Bahawa.
Setiap pasangan di Vietnam.
Hanya dibenarkan mempunyai 2 orang anak.
Secara umum.

Tetapi.
Ianya juga bergantung kepada apakah pekerjaan kamu.
Bagi pesawah, mereka dibenarkan memiliki 5 orang anak.
Jumlah-dibenarkan paling ramai.
Lain-lain pekerjaan, ada yang 3, ada yang 4.

Entah mereka betul-betul ikut had-anak-dibenarkan ini atau tidak... Aku pun tak pasti...




.

Tuesday, 16 October 2012

Gereja

Tak ingat la gereja ni nama apa....



Kembali ke cerita Vietnam.
Kata  tour guide  kami, bagi yang muslim, kalau tak nak masuk gereja ni, tak payah masuk.
Merayau la ke tempat lain.

Aku kata.
Aku nak masuk.
Bukan aku nak pergi menyembah apa-apa pun.

Saja nak masuk.
Nak tengok.

Tak salah kot, kan...?




.

Monday, 15 October 2012

Jelir



Sabit kucing.
Kalau orang buat gini.
Memang aku buat muka-tak-elok balik..

:p




.

Thursday, 11 October 2012

Teropong



Dia teropong orang.
Aku teropong dia.

Tiba-tiba aku terfikir.
Entah-entah ada orang lain pulak yang teropong aku.

Tak suka...
Tak suka...





.

Wednesday, 10 October 2012

Catatan Pada Tiang



Oleh kerana ada catatan itu.
Aku pandang juga atas kerusi.
Manalah tau kot-kot memang ada air dan jambu.

Kah kah.
Kalau ada pun... Takkan la kita nak makan, ye dak..?




.

Tuesday, 9 October 2012

Orang Dan Makanan

Nampak macam dah bulih jadi pengantin tapi baru tingkatan 5 je pun.



Laki aku kata.
Gambar makanan yang aku ambil adalah lebih cantik berbanding gambar orang.

Aku syak.
Mungkin bila nampak makanan, semangat mari lebih sikit.
Tu yang gambar nampak lebih berjiwa.

Dasar kuat makan!


.

Wednesday, 3 October 2012

Perasaan

Gambor tak ada kaitan dengan cerita.


Hari ni pergi klinik.
Masa timbang berat.
Berat aku turun 1 kg.
Pada hal.
Hari ni aku rasa macam gemuk sangat.

Ada hari.
Aku rasa macam aku kurus.
Tapi bila timbang.
Haram tak turun pun berat.

Kah kah.
Aku benci betul bila dimainkan oleh perasaan sendiri bab-bab berat badan nih....



.

Tuesday, 2 October 2012

Lagi Dan Lagi



Saya demam lagi.










Kenapa asyik nak demam je nih?
Tak faham sungguh...

Heh~


.