Friday, 19 October 2012

Cerita Di Sebalik Limau Ais Kosong



Gambar ini aku ambil pada malam merdeka yang lalu.
Di Banda Hilir.
Saja jalan-jalan.
Lepak-lepak kedai mamak.
Tak pergi sambut merdeka pun.

Sedang aku menikmati suasana malam merdeka, aku terperasan sesuatu.
Di jalan raya berdekatan.
Tiba-tiba sebuah kereta memintas sebuah kereta lain.
Pemandu kereta yang memintas menyuruh pemandu kereta yang satu lagi berhenti.

Dan kemudian.
Kedua-dua mereka memakir kereta berhadapan deretan kedai tak jauh dari situ.
Di dalam kereta yang memintas: Ada seorang lelaki Cina dalam lingkungan 30an. Berseorangan.
Di dalam kereta yang dipintas: Ada seorang lelaki Cina yang agak berusia dan seorang perempuan Cina muda.

Ketiga-tiga mereka keluar dari kereta.
Aksi pun bermula.
Mereka bergaduh.
Lelaki Cina muda memaki lelaki cina tua.
Bukan setakat maki, siap dipukul, didebik, diterajang dan dia ditarik ke lorong belakang kedai.
Entah apa yang berlaku seterusnya aku tak tahulah.

Semua yang berada di situ hanya memandang.
Termasuklah aku.

Dan kami mula berspekulasi.
Agaknya: Pompuan tu bla bla... Cina tua tu bla bla bla... Yang menibai tu bla bla...
Atau.
Mungkin juga: Pompuan tu bla bla bla bla bla bla bla bla...




Ah! Hidup ini macam drama, kan...?




.

19 comments:

kucingorengemok said...

"warga emas dibelasah menantu kaki judi, pelanggan kedai mamak hanya menyaksikan dan tak membantu, bla bla... kejamnya masyarakat kita"

masyarakat kita tu ko la, keh keh

tasekM said...

kog,
aku takut kena debik sekali..

haha.


.

Nizam.Ariff said...

tazs tak berperasaan sebab dah minum limau ais kosong tanpa gula...

tasekM said...

nizam,
ko jgn kira aku je.
berpuluh2 org kat situ pun tak-berperasaan gak apa...


kalau ko, ko buat apa..?
buat bodoh gak aku syak.

:p




.

Siti said...

tak talipon polis ke? dah ade komera tu patut ko wat liputan sekali sementara tunggu wartawan 999 datang.

hehehe...

tasekM said...

siti,
lepas tu ada polis datang.
aku ingat nk cara ke cina2 tu... rupa2nya cara ke sambutan merdeka.
ceh~

polis sibuk la ti...

haha.



.

-gedek! said...

abis tu, kenapa gambar air yang 'sejuk' tu sedangkan ada insiden yang lebih 'panas'

zoom la kat situ...

sepa said...

ada ko dengar bunyi tembak tembak pistol. oya, sambutan hari merdeka, bunyi mercun dan bunga api menggila, mana mungkin ko bisa dengarnya.!

aku rasa ada.!

gadisBunga™ said...

gambo! gambo!

tasekM said...

gedek,
lense panjang tak bawak la uncle...







sepa,
kejadian ni sblm org tembak mercun.
tak de bunyi tembak2 pun.
baik mercun.
mahupun pistol.

lepas beberapa minit.
lelaki cina muda keluar dari lorong tu bersama cina pompuan.
cina tua tu aku syak dah tergolek kena tibai.









GB,
tak de yang.
aku bawak lens kontot je..



.

Telor Power said...

kita anggap ianya drama tapi sebaliknya

dan

bila kita anggap ianya patut di tolong, tapi ia adalah drama

kita juga terjerat.
dunia dgn sandiwara manusia

tasekM said...

telor,
kita pelakon pentas dunia...


.

Tracey said...

Wah, dulu penah cuba tangkap air dalam gelas macam ni.. nak buat macam ni tpai tak jadiiiii...wuuu

tasekM said...

tracey,
cuba lagi ye adek manes...



.

Lady Windsor said...

Tas, memang drama sangat hidup ni kan..tu Tas tak tengok lagi drama peluk-peluk cium-cium tak cukup escalator depan public..tak de malu langsung depa ni. Kat KL banyak drama swasta percuma ni..

eh so apa jadi dengan cina kena belasah tu???

tasekM said...

LW,
ntah la kak.

punya lama aku lepak situ.
dia tak keluar2 pun dr lorong tu.

lepas cina muda tu blah dgn kereta dia bersama cina pompuan tu.
kereta cina tua tu masih di situ.

tak tau la apa jadi kat dia..



.

sudipVSsenduk said...

cerita ko ni mcm cerita rashid sibir la... kena buat ending sendiri

eppoe said...

dahaga pulak tengok air ni. huuuuuu

tasekM said...

sudip,
kah2.




eppoe,
jom minum.. :)


.