Tuesday, 30 October 2012

Sesal

Gambor tak ada kaitan.


Pagi tadi.
Masa nak pergi sarapan dekat kedai Pak Husin.
Aku terdengar bunyi kucing mengiau.

Aku pandang dalam longkang.
Aku nampak seekor  kucing.
Lebih kurang remaja la aku agak usianya.

Aku miau dekat dia.
Dia miau balik pada aku.
Aku faham.
Dia nak mintak tolong keluarkan dia dari longkang tu.

Longkang tu kering.
Tetapi besar.
Dan dalam.

Kucing tu mungkin buntu tak tau macam mana nak lompat ke atas.
Aku pulak fikir.
Boleh nak tolong.
Cuma.
Aku boleh turun ke dalam longkang tu.
Tapi aku tak dapat ilham macam mana aku nak naik balik.

Dalam kata lain, tak ada tempat untuk aku berpijak untuk aku naik.
Aku boleh berpaut pada batang besi yang ada pada longkang.
Tapi ianya memerlukan  kekuatan tangan untuk menarik badan aku ke atas.

Tak boleh.
Tangan aku tak cukup kuat.
Badan aku berat.

Makanya, aku buat keputusan.
Aku cakap dekat kucing tu. 'Eh! Nanti la eh... Aku nak pi makan jap...'.



.... bersambung....




.

11 comments:

eLL said...

haha. pas makan badan makin berat...

Nizam.Ariff said...

lepas makan, ko datang balik kat longkang tu tapi kucing dah tak ada...


lepas tu ko dgr burung murai bersembang " bahawa kucing itu sebenarnya malaikat yang mahu menduga manusia dlm keikhlasan menolong binatang yang lemah"

maka ko pun melopong, termenung, terduduk di tepi longkang... menyesal.. menangis... sambil duduk bersimpuh itu, tangan ko tak henti-henti menguis rumput-rumput kering dek rasa sesal dan kerisauan menghadapi dugaan seterusnya...

tiba-tiba, ko terdengar suara kucing tadi... tidak jauh di belakang. Ko tetiba jadi bersemangat, semangat nak tebus pertolongan yg sepatutnya ko berikan tadi. Tapi sebaik sahaja ko menoleh, kucing itu tiada...

suara tadi hanyalah ilusi dalam minda ko akibat tekanan perasaan akibat rasa bersalah yang teramat. rasa sesal ko menggunung tingginya, umpama air di empangan sedang hujan di hulunya... parasnya terus naik dan naik...

sehinggalah ko tak dapat membendung rasa sesal itu, maka ko pun jatuhkan diri lalu berguling-guling sambil menghempas-hempaskan badan ke jalan tar di lorong belakang itu...

perlahan-lahan tubuh ko pun menjadi kecil... dan berbulu.. tompok-tompok hitam putih... berekor...

ko bukan menjadi seekor kucing, tetapi seekor tikus mondok yang gebu. Ko kaget, rasa tak percaya. air mata mengalir kerana ketakutan akan perubahan diri, yang mungkin juga sebagai satu balasan kepada kucing tadi...

dalam pada ko terkial-kial mahu lari susup sasap ke celah-celah lubang, ko terdengar bunyi kucing mengiau lagi..

ko tepuk-tepuk kepala beberapa kali tapi bunyi itu seolah-olah nyata...

ko pun menoleh dan benarlah, seekor kucing sedang elok menghendap ko dengan ekor digoyang-goyangkan dan telinga dicapahkan...

dan ko pun terkaku, mendiamkan diri,
menyesal tak berguna lagi....

Daddy Ziyyad said...

hahaha..patotnya bukan pergi makan dulu, tapi pergi jogging barang 20minit, kasikm badan ringan dulu...

kasihan kucing remaja itu..Harap sambungannya ada happy ending :P

CiKPuaNLawA said...

kucin tu nages nnti...

Faaein Talip Roy said...

sian kucing tu.. suh lah bebudak yang ambilkan...

Tracey said...

werr..hari tu cuba tangkap gambar burung mcm ni..at the hitam he semua....

sepa said...

tak sabar nak tau kesudahan... kucing oh kucing.!

gadisBunga™ said...

lepas makan sure sangkut kat bontot. so takde masalah sapa nak naikkan sape dah.

paham dak apa yang GB cuba sampaikan nih?

kalau tak paham takpalah. *nangis sekarang!

Telor Power said...

tunggu kesudahanya lah baru komen, boleh?

tasekM said...

ell,
nk mkn dulu tu sbb kalau masuk longkang dulu... kalau baju kotor... takut org tak lalu mkn pulak tgk aku...

:D







nizam,
ko mmg suka tgk ending hidup aku ni dgn kesengsaraan, kan...?







CPL,
sedih aku tgk dia...








faaein,
tak ada budak.
time tu budak br nk masuk sekolah...








tracey,
kena tunggu matahari tak terik yang... kalau tak mmg hitam.

:)




.

tasekM said...

sepa,
agak2 aku sambung tak cerita tu...? :D








GB,
masih cuba nk fahamkan... hehe.









telor,
silalah tunggu... :p



.