Thursday, 29 November 2012

Choi

Ini senapang. Budak MC kata.



Pagi tadi.
Aku pergi beli nasi lemak.
Makcik jual nasi lemak tu tanya aku, 'Kau naik kereta apa..?'.
'Kancil..' aku jawab.
'Tadi ada budak muka macam kamu. Bawa kancil gak. Accident  dekat depan tu...'.

Choi!


.

Monday, 26 November 2012

Rama-rama Di Luar Pagar



Aku kesian tengok blog aku yang satu lagi tu.
Sebetulnya.
Bukan aku tak nak  up date.
Cuma.
Aku dah makin kurang cerita.
Makin kurang bercakap.
Makin diam..


.

Wednesday, 21 November 2012

Itik Comot

Itik orang punya....


Saya tak makan itik.
Kecuali jika ianya dimasak rendang.
Kalau masak lain, tekak saya jadi kembang-kembang.
Sumpah tak boleh nak telan.
Koman betul...



.

Wednesday, 14 November 2012

Pengat Akhir Tahun


Sila jangan sebut pasal piring plastik saya. Saya terguris...




Entah jembalang mana yang merasuk tiba-tiba hari ni rasa nak memengat.
Maka.
Terhasillah: Pengat Ubi Tasek Mengamuk.

Sedih, kan kaler dia...?
Aku memang tak gemor betul melihat pengat warna gini gaya.

Selalunya.
Aku memengat guna gula merah sebab hasilnya memang wallah.
Rasa sedap.
Warna mantop.

Hari ni aku gatal.
Gatal nak guna gula kabung.
Hasilnya: Pengat berwarna sedih dan rasanya macam ada lori gula terbalik belakang rumah.
Padahal aku bubuh sekeping suku je gula kabung tu.
Gula pasir tak bubuh langsung.

Ingat ye kawan-kawam.
Kalau nak memengat, jangan gatal nak bubuh gula kabung ke.. gula melaka ke...
Tetaplah pada gula merah.

Sekianlah sahaja entri mengamuk-pada-diri-sendiri saya.



.

Sunday, 11 November 2012

Selamat Pagi Ahad

Pesen berjuntai. Bunga apakah aku tak tau...


Pagi-pagi ni tekak aku teringin nak makan ubi kayu rebus + sambal ikan bilis + ikan gelama masin + kopi O.
Celah mana nak cari nih...?




.





Thursday, 8 November 2012

Aku Benci Mimpi


 


Aku mimpi.
Mimpi perkara yang tak mungkin terjadi.







Aku benci mimpi!!


.




Friday, 2 November 2012

Adam Dan Hawa

Bunga Kaktus. Nampak macam muncung cencurut.


Aku layan Adam Dan Hawa.
Channel 134.

Cerita adaptasi novel.
Aku syak novel tu sedap.
Tapi siri kat tv tu aku rasa lembab sangat.

Isu berpusing-pusing tapi tak ke mana.
Asiklah Si Ain tu tak puas hati ke Aaron Ajis.

Aaron Ajis tuuuuu...
Kalau tak nak, bagi kat aku je lah senang...


Eh? :p




.

Thursday, 1 November 2012

Daun Pisangkah...?


Jenuh aku ingat-ingatkan balik.
Yang belakang tu daun pisang ke bukan eh...?





Ambik gambar bunga.
Lepas tu penat fikir gambar daun balik belakang.

Apa masalah ko ni Tas..?




.