Wednesday, 14 November 2012

Pengat Akhir Tahun


Sila jangan sebut pasal piring plastik saya. Saya terguris...




Entah jembalang mana yang merasuk tiba-tiba hari ni rasa nak memengat.
Maka.
Terhasillah: Pengat Ubi Tasek Mengamuk.

Sedih, kan kaler dia...?
Aku memang tak gemor betul melihat pengat warna gini gaya.

Selalunya.
Aku memengat guna gula merah sebab hasilnya memang wallah.
Rasa sedap.
Warna mantop.

Hari ni aku gatal.
Gatal nak guna gula kabung.
Hasilnya: Pengat berwarna sedih dan rasanya macam ada lori gula terbalik belakang rumah.
Padahal aku bubuh sekeping suku je gula kabung tu.
Gula pasir tak bubuh langsung.

Ingat ye kawan-kawam.
Kalau nak memengat, jangan gatal nak bubuh gula kabung ke.. gula melaka ke...
Tetaplah pada gula merah.

Sekianlah sahaja entri mengamuk-pada-diri-sendiri saya.



.

17 comments:

Dr Singa said...

aku ...
penat hujung tahun...


tasekM said...

drsinga,
dah ko merayapppp je kan...?
jeles aku..

:P



.

Nizam.Ariff said...

lenkali ko letakkan uncang teh dalam 3 minit, pastu keluarkan... akan dapat warna yang cantik di mata tapi cantik di tekak tak tau la cemana...

tasekM said...

nizam,
hish... tak sior aku mkn pengat teh...

:p




.

Daddy Ziyyad said...

apa beza gula kabung, gula melaka & gula merah? Gula yang berbentuk silinder macam tin Coke tu, gula apa?

Lady Windsor said...

Apa? Pengat berwarna sedih?? Muehehe izin aku gelak dulu dik tengok pengat ko neh..se..se..sebenarnya akak suka pengat warna sedey cenggini...ori! Dah ko jauh bebeno...cemane nehh memalam buta akak teringin pulak nak makan pengat macam ko buat ...sapa nak jawab...hwaaaa! Tak adil tau....

sepa said...

aku tengok, nampak canteek jeh pengat tuh.!

apa2 hal terima kasih kerana mengingatkan aku pada segala jenis gula, walaupun aku tak reti memasak, dan tak jugak pernah memengat...!!!

:)
.

Siti said...

Tas, akupun memengat harini. Pisang yg aku nak rebus tu dah masak sgt so tak menepati ciri2 yg dikehendaki kalo direbus. So memengatlah kite. Aku pon biasa letak gula nisan tu tp umah mak aku ni dah abis stok la pulak. Letak jelah gula pasir. Daun pandan pun tak letak sbb malas nak pi ambik kat blkg. Kalo ikutkan pengat aku lg sedih la kot. :-(

Lady Windsor said...

apasal korang semua buat pengat kaler sedih ni Siti? Bak mai akak tengok..sedeh tak sedeh, pengat tu confirm sedap tu kan...adehhh!

Siti said...

Kak, sedeh tak sedeh licin gak kena sental. Hahaha..

tasekM said...

drdz,
gula kabung biasanya dibalut daun.
mcm selinder tu gula melaka.
(tapi aku rasa resepinya sama)
gula merah tu macam rupa tanah.

:D






LW,
gi la buat kak.
ko malas eh... hehe.







sepa,
sebenarnya warna dia cerah lagi.
dah pulak aku ambik gambar ni underexposed.
dah la nampak ok.
kamera ni saja la tak nk bg kerjasama... :p







siti,
pengat yg mmg bangsa putih tu tak sedih ti... tu suci.

:)







LW lagi,
kak.. kami sehati sejiwa.

:D







siti lagi,
aku dah la ramai kt umah nih.
mak ada.
makcik ada.
adik2 n ipar2 ada.
anak buah ada.

sedih2 pun habis...



.

gadisBunga™ said...

gula kabung manis sangat ke kak? ke memang ada lori gula terbalik belakang umah tapi akak tak sedor?

tasekM said...

GB,
gula tu mmg manis...



.

Siti said...

a ah. kat rumah ramai org. licin dikerjakan.

tasekM said...

siti,
aku ingat tak laku pemgat aku tu...



.

Lady Windsor said...

Malas eh. Ye la kot. Karang aku masak aku jugak tukang perabiskan, maunya sebulan nak abes kalo masak. Tak dak orang nak ajak saing makan. Akak loneranger!


Beli kedai ye dak, senang:)

tasekM said...

LW,
betul la tu kak.
setakat nk mkn semangkuk baik beli je kan..?



.