Saturday, 29 December 2012

Friday, 28 December 2012

Kawan Menembak

Aku ya amat geli dengan binatang ni. Boleh pulak dia terlepas datang dekat-dekat kaki aku...


Satu hari tu.
Demi melayan budak MC yang berkicau-kata-cuti-sekolahnya-membosankan.
Aku bawak dia pergi zoo.

Aku dah bagi tahu dia awal-awal.
Kita jalan kaki pusing zoo.
Jangan mengaruk nak naik tram.
Sebab.
Aku nak menembak.
Dia setuju.

Masa di zoo.
Aku terjumpa seorang brader yang kaki menembak juga.
Dari mula sampai ke sudah kami menembak bersama-sama.
Sembang-sembang pasal fotografi.
Tukar-tukar pendapat.
Tukar-tukar cadangan.

Dan.
Aku paksa dia ambik gambar tupai.
Keh keh.

Selesai tawaf zoo.
Dia balik.
Aku pun balik.

Ini namanya Geng-Menembak-Tak-Sengaja....


.

Thursday, 27 December 2012

Mimpi Kahwin




Malam tadi.
Aku mimpi.
Aku kahwin.
Bapak karut punya mimpi.

2 hari lepas.
Budak MC bagitau aku.
'Ibu, malam tadi MC mimpi  ibu kahwin dekat Taman Buaya..'.

Pergh... Lagi teruk..!!!



.

Saturday, 22 December 2012

1000 Ke Atas

Tak puas hati tang pisang. Tak berapa nak  sharp.  Setuju...?


Ingatan buat diri aku sendiri.
Juga buat kawan-kawan yang juga punya minat yang sama.

Untuk ambil gambar haiwan.
Terutama yang bangsa tak reti duduk diam.
Shutter speed  terbaik adalah 1000 dan ke atas.

Aku ada banyak gambar haiwan yang aku kategorikan sebagai gagal.
Gambar tak  sharp.

Tidak mengapalah.
Kita belajar dari kesilapan.
Belajar dari pengalaman.




.

Friday, 21 December 2012

Si Jelita



Aku selalu merasakan Flamingo adalah haiwan yang jelita.
Tapi.
Bila tengok mata dia baik-baik.
Eiii... Menyeramkan.



.

Wednesday, 19 December 2012

Mencari Jingga



Satu petang saya ke tepi laut.
Mencari jingga langit jam 7 petang.

Saya tak dapat.
Yang dapat biru.
Tanpa raut bulat matahari.
Macam yang hari tu.



.

Tuesday, 18 December 2012

Friday, 14 December 2012

Cepatnya Masa Berlalu



Aku.
Asal nak tau apa-apa tarikh.
Aku sms tanya sahabat aku Siti.

Bila hujung-hujung tahun.
SMS aku selalunya berbunyi, 'Beb.. Sekolah buka berapa haribulan...?'.

Manjang je aku tak tau...



.

Wednesday, 12 December 2012

Makan Yang Bukan-bukan

Laksa Keropok.

Sebenarnya.
Aku nak cerita pasal lain.
Walaupun bubuh gambar lain.

Tapi.
Tiba-tiba jembalang-malas merasuk.
Tak jadilah cerita...



.

Friday, 7 December 2012

Mencari



Ke hulu ke hilir.
Ke hulu ke hilir.

Letih juga nak mencari sesuap sup ketam nasi nih....



.




Tuesday, 4 December 2012

Andai Aku Sayur....

Aku adalah Lada Benggala.
Gumuks.


Ini Labu Sayung kot....



Yang berbentuk menggiurkan begini aku syak adalah Tijah...



.

Monday, 3 December 2012

Sedikit Perkongsian Teknikal

Tak  sharp. Tak lulus piawaian.



Aku baca di mana entah.
Katanya.
Jika gunakan lensa panjang, shutter speed  harus laju demi mengelakkan gambar bergegar.
Dalam keadaan kurang cahaya, ianya adalah sesuatu yang menyiksakan.
Tambah-tambah kalau jenis tangan macam aku ni.
Asyiklah nak bergoyang.
Bukan sengaja.
Ter-bergoyang.

Apabila aperture  sudah sehabis besar dan gambar masih underexposed,  tinggikan ISO adalah antara solusinya.
ISO tinggi akan menghasilkan gambar yang ber-noise tinggilah pulak.

(Sedikit perkongsian: Noise  adalah bintik-bintik yang kita lihat pada gambar. Semakin tinggi ISO, semakin banyak noise  akan terhasil).

Satu masalah aku ialah, aku selalu terlupa untuk adjust EV  untuk dapatkan  setting  yang tepat bagi menghasilkan gambar yang sempurna.
Sepatutnya adjust EV   dulu sebelum buat keputusan untuk tinggikan ISO.

Kasi hantuk kepala baru tau...



.

Saturday, 1 December 2012

Pisang Susu

Bezakanlah saiz pisang tu dengan 2 batang jari-tak-elok aku.



'Pisang apa ni  Pak cik...?' tanya aku kepada Pak cik jual pisang.
'Pisang Susu' kata dia.

Aku beli sebab tiba-tiba terjakun tengok pisang ni besar benar.

Pak cik tu kata.
Yang ini kecik.
Ada yang lagi besar.

Jenuh la nak nganga mulut.
Yang ini pun aku kerat kecik-kecik masuk mulut...

Rasa dia...
Sedap.
Rasa pisang.

:D




.