Thursday, 31 January 2013

Cengkerik(?)





Ye ke cengkerik nih..?
Aku ni nama je orang kampung.
Rupa cengkerik pun tak berapa nak kenal.

Ok. Ni nak marah diri sendiri nih.
Lain kali... Kalau nak ambik gambar binatang kenit-kenit.
Bawak la  speed light.
Kan dah tak nampak mata.

Bukan tak nak bawak... Tapi berat. Dengan kamera. Lens lagi. Ni nak tambah  speed light  pulak...? Tak kira setongkol  tripod  lagi tu...  Boleh lari  allignment  ok..! (Diri sendiri menjawab)



Hah! Menjawab... Menjawab...!!!!




.

Wednesday, 30 January 2013

Jadi Mangsa

Terlalu pantas masa berlalu. Dia dah besar. Dah boleh pakai kasut sukan aku. Kaki dah sama saiz.


Budak MC sering jadi mangsa untuk teman aku bila aku nak menembak.
Kadang-kadang dia ok.
Kadang-kadang merungut penat.

Masa aku ambil gambar ni dia ok.
Sebab baru 1 km berjalan.
Yang berjalan akulah.
Dia kayuh basikal.

Bila dah nak balik dia bising.
Sebab dah 5 km berjalan.
Makan masa sejam suku juga....


.

Tuesday, 29 January 2013

Tiba-tiba Nak



Aku ni ada satu penyakit.
Penyakit tengah-tengah memandu, tiba-tiba dapat ilham  hendakkan sesuatu.
Kalau dah nak tu bangsa tak menyempat-nyempat.

Minggu lepas.
Jembalang mana merasuk entah, tiba-tiba tengah memandu rasa nak makan jagung dalam tin.

Aku singgah kedai Cina dekat-dekat rumah.
Angkat setin besor.
Makan.
Sorang-sorang.

Aku kalau datang perangai macam ni memang aku nak salahkan jembalang...




.

Monday, 28 January 2013

Monyet Dengan Beruk Sama Ke Lain...?




Mula-mula dia duduk jauh.
Aku lepak je atas bendul(?) jalan tu.
Sambil tembak-tembak.


Aku  crop  sikit supaya orang lelaki tak berahi. Keh keh.


Sekali dia datang dekat.
Oleh kerana aku dah tukar punat lensa aku dari telephoto ke macro.
(Nota: Bagi lensa yang aku gunakan,  telephoto = 70-300mm and macro = 180-300mm. Lensa dwi fungsi)
Aku petik.

Hah.... Sebesar-besar tidak gambar dia.
Datang menggigil juga tangan takut kena cakor...




.

Saturday, 26 January 2013

Yang Kamu Mahu

Ini  spider web  yang kamu mahu Sepa....



Selamat pagi Sabtu kawan-kawan.
Sabtu selalunya orang jarang baca blog, kan..?

Aku pun dah nak keluar meredah hutan.
Jom!



.

Friday, 25 January 2013

Meranduk Hutan

Apa yang aku suka tinggal di Ayer Keroh ialah sebab adanya Taman Botanikal.
Untuk penggemar hutan macam aku, ini tempat yang membahagiakan.
Kalau yang tak suka hutan, sumpah tempat ini amat membosankan.

Pagi semalam aku meranduk hutan dengan niat nak menembak.
Dan yang utama nak cari  spider web  yang Sepa mahu.
Gigih tak gigih tu... Ha ha.

Dalam kepala aku terfikir.
Mati la pagi-pagi masuk hutan ni tobat tak ada orang.
Berdua je dengan budak MC.

Sekali...
Bapak punya ramai manusia.
Rata-ratanya pergi joging.

Yeah! Saya suka. Saya suka.
Hidup orang Melaka.
Pagi-pagi sudah beriadah.
Tidaklah hanya melengkor bawah selimut.


Cakcibor Taman Botanikal. Hensem..!


Sudah pasang niat untuk ke hutan lagi hujung minggu ini.
Tapi nak ke hutan ni aku memang dilema apa yang aku nak bawa.
Kasut joging atau kamera.
Kalau bawa kamera, memang tak akan joging punya.
Tak kan nak joging sambil usung kamera ye dak...?




.

Wednesday, 23 January 2013

Tak Mahu Lagi

Setelah tamat siri  'Adam dan Ain' aku berjanji pada diri aku sendiri.
Tak nak lagi mengadap apa-apa siri tv.
Nanti ketagih.



Dedikasi untuk Sepa. Masih belum punya masa  meredah hutan mencari   spider web   yang kamu mahu bro...



Sekarang ni.
Asal pukul 10 aku buat-buat mengantuk.
Jangan sesekali pegang  remote  tv.



.

Tuesday, 22 January 2013

Makan Burung



Selain 'menembak' burung, saya juga sayangkan burung.
Selain sayangkan burung, saya juga makan burung.


Puyuh Goreng Tepung.

Syedapppppp.....!




.

Sunday, 20 January 2013

Ledang



Untuk orang macam saya.
Gunung Ledang adalah tempat yang sangat sedap untuk pergi menembak.

Ada air terjun.
Ada tupai.
Ada burung.
Ada rama-rama.
Ada cakcibor.
Ada semut besor-besor.

Yang saya tak ada hanya kawan menembak.


.

Friday, 18 January 2013

Masalah Haiwan

Listen... listen... listen... 

Haiwan pun ada masalah tau.
Anak banyak.
Rumah atap bocor.
Laki merayap entah ke mana tak tau nak balik-balik.
Duit tak ada nak beli friskies.

Dah la mahal beskot tu ni jam....


Saya Sarepah. Saya banyak masalah.



Listen... listen... listen.... 
Ingat orang pekak yang kau  listen-listen-listen  banyak kali..?





.

Monday, 14 January 2013

Mengumpan Burung

Burung apa ni hah..?



Sejak asyik nak menembak burung ni.
Memang pagi-pagi aku akan umpan burung.
Aku tabur makanan.
Bila mereka tengah asyik makan.
Aku ambil senapang.

Sekarang aku dah faham.
Pipit, Tekukur dan Merpati suka nasi atau beras.
Burung-tak-tau-nama kat atas tu suka pisang.
Dan Gembala Kerbau suka biskut kucing.

Apa ke dasyat punya selera Gembala Kerbau nih....?





.

Sunday, 13 January 2013

Cerita Pagi Sabtu #2

Tak tau apa yang istimewa. Aku suka gambar ni.



Marilah bergoyangggggg.....

*golek-golek ekor*



.

Saturday, 12 January 2013

Cerita Pagi Sabtu #1



Lepas masak sarapan.
Buka pintu pagar belah belakang.
Ambil kerusi-kecik-yang-boleh-duduk-secara-aman.
Ambil senapang.

Intai Tekukur mengorat.



.

Friday, 11 January 2013

Tuesday, 8 January 2013

Saya Rindukan Bulan.... #5

ss 1/15, f/4.8, ISO 100. Using Tamrom 70-300 mm. Gambar yang aku ambil sekitar  Julai tahun lepas. Gila lama tak menembak bulan.




Dan tiba-tiba aku rasa malas nak cerita apa yang Ngah nampak. Kah kah. Ok. Sila jangan maki. Menghidangkan cerita-cerita tergantung bukankah trademark aku..? :p

Cuma. Aku simpulkan begini sahaja. Apa yang MC, anak Ika, isteri jiran belah kiri dan Ngah nampak mungkin makhluk yang sama. Dia mungkin berada di mana-mana di kawasan kediaman kami. Kejap sini. Kejap sana.

Ah! Abaikan sahajalah.

Cuma. Yang aku marah. Disebabkan makhluk tu aku jadi takut nak menembak bulan. Nak keluar rumah lepas maghrib pun aku takut kalau bersendirian. Kalau tidak. Dulu. Aku boleh rileks-rileks melipat kain baju ketika azan maghrib berkumandang dekat pangkin belakang rumah.

Ya. Maghrib-maghrib melipat kain baju. Dekat luar rumah pulak tu. Gila tak gila juga perangai aku nih...




.

Monday, 7 January 2013

Saya Rindukan Bulan.... #4

Ada rasa nak muntah tengok gambar binatang...? Bersabarlah :D.



Cerita III

'Ko nak tau kak... Tadi aku duduk depan rumah jiran ko belah kiri tu. Aku nampak ada benda berkilat-kilat depan rumah dia. Aku pergi dekat. Aku pegang. Aku ingatkan apa. Rupa-rupanya.......'.

'Garam...' kata Ngah. 

Garam....? Aku bising dekat Ngah. Adik jantan aku. Aku kata. Lain kali jangan gatal nak pegang-pegang benda-benda yang ntah-hapa-hapa dan bukan-barang-kita.

Ngah sambung cerita. 'Lepas tu aku pandang rumah dia. Terperanjat aku nampak.......'    

  *pause*


Alkisahnya Jiran Sebelah Rumah Belah Kiri

Kira-kira seminggu sebelum mak dan adik-adik aku datang ke rumah, satu malam D terdengar isteri jiran-belah-kiri menjerit tengah malam. Laki aku memang kaki tidur lewat. Aku. Kejadian-kejadian tengah malam masuk ke pagi ni memang aku tak tau cerita sebab aku selalunya tidur sebelum jam 12.30 malam (ke pagi?).

Dan. Sehari selepas itu, aku nampak jiran aku tu pasang buluh halus berwarna kuning di keempat-empat penjuru di luar rumahnya. Belah depan. Belah belakang aku tak nampak pulak.

Dan yang aku nampak buluh je. Garam aku tak perasan sebab aku tak rajin nak ambil tahu. Aku syak. Buluh dan garam itu mungkin pendinding. Mungkin ada kaitan dengan kejadian isterinya menjerit malam sebelumnya. Dan aku mula berfikir. Apa sebenarnya yang dia nampak eh...?







(Berapa siri lagi nak habis nih..? Macam dah penat pulak nak bercerita ni. Kah kah. Ada juga aku buat perangai menggantungkan cerita ni karang....)


.



Sunday, 6 January 2013

Sudah Hampir 2 Bulan

Baru guna ISO 800. Belum 1600 ke. 3200 ke. Dia punya noise.... Mak aiiii..!!!



Sudah hampir 2 bulan aku tak mengamalkan pemakanan sihat.
Main makannnnnnnn je apa yang rasa nak makan.

Tambah-tambah sekarang aku dah jumpa kedai menjual crepe durian yang hari-hari-ada-crepe-durian-tak-pernah-habis-stok.
Mati la.

Esok-esok kalau kamu terserempak dengan aku yang chomel, jangan sekali-kali sebut, 'Tas, ko nampak mengancam  dah gebu la sekarang....!'.

Aku bunuh..!




.

Saturday, 5 January 2013

Saya Rindukan Bulan.... #3


Gambar masih tiada kaitan. Biar lantak korang muntah tengok gambar binatang.. :p


Kita sambung.

Cerita II

Satu malam. Sekitar bulan Oktober tahun lepas. Jiran depan rumah aku buat kenduri doa selamat. Maka.  Waktu-waktu beginilah aku ambil kesempatan untuk beramas-mesra dengan jiran-jiran aku. Di lain masa, masing-masing sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing. Masa nak bertegur sapa pun hampir tiada.

Ini cerita Ika. Jiran sebelah rumah belah kanan.

Ika beritahu aku. Malam semalam. Ketika anak-anaknya bermain dengan anak-anak jiran sewaktu mak ayah sibuk membantu jiran-yang-nak-buat-kenduri tu buat persiapan, tiba-tiba budak-budak bertempiaran lari. Puncanya. Anak kedua Ika telah nampak sesuatu ketika mereka bermain dan pekik kepada kawan-kawan lain suruh lari. 'Lari.... Lari... Dia tengah kejar. Muka dia buruk...', jerit anak Ika. Tak cukup tanah budak-budak tu berlari. Kecoh sekejap kejiranan aku malam tu.

Menurut anak Ika lagi. Benda yang mengejar mereka berwajah buruk. Dan bongkok. Bongkok? Aku dah mula teringat-teringat cerita Budak MC hari tu....

Alkisahnya Anak Ika

Ika ada 3 orang anak. Anaknya yang nombor dua, perempuan. Sebaya Budak MC tapi kalau dilihat bentuk tubuhnya, persis budak tadika. Kecil sahaja orangnya. Macam tak membesar. Namun budaknya bijak. Kata Ika, masa mengandungkan anaknya tu, dia masih bekerja. Bekerja di hospital. Di bilik x-ray. Ika kata lagi. Mungkin anaknya jadi begitu akibat terdedah dengan sinar-x . Mungkin, katanya. Mungkin juga tidak. Dan ketika mengandungkan anaknya yang ketiga. Ika buat keputusan untuk berhenti kerja.

Anak Ika (apa ke nama budak ni aku lupa) yang kedua ini juga macam budak MC. Dakwa Ika. Dia boleh 'nampak-nampak' apa yang kita tak nampak. Bezanya dengan MC, dia agak penakut. Kalau tengah malam nak terkencing, habis adik beradik lain dikejutnya minta teman.

Dan. Sewaktu aku bersembang dengan Ika di depan rumah aku pada malam itu, tiba-tiba anaknya berlari ke arah kami entah datang dari mana dengan wajah-takut-penuh-tanda-tanya. 'Ibu, kenapa dia ada kat sini....?'.

Aku dan Ika senyum sesama sendiri. Dan. Kami faham siapa 'dia' yang dimaksudkan.

Selesai borak-borak dengan Ika. Aku minta diri. Aku masuk ke rumah. Kebetulan. Hari itu emak, adik-adik dan ipar serta anak buah datang ke rumah aku. Penuh rumah malam tu.

Elok sahaja aku meletakkan punggung di atas sofa, adik aku Ngah buka cerita. 'Ko nak tau kak... Tadi aku duduk depan rumah jiran ko belah kiri tu. Aku nampak ada benda berkilat-kilat depan rumah dia. Aku pergi dekat. Aku pegang. Aku ingatkan apa. Rupa-rupanya.......'.



Ok. Kisah Ngah dah jiran belah kiri nanti aku cerita....


.

Friday, 4 January 2013

Saya Rindukan Bulan... #2


Gambar masih tak ada kaitan. Cuma mata macam hantu tapi....

Ya. Janji DiCapati...!
Kita sambung sekarang....



Alkisahnya Budak MC

Aku adalah seorang yang percayakan Budak MC dalam hal-hal benda-benda-halus. Sebab? Dari dia kecil, dia hanya berkata benar. Sekiranya benda tu ada, dia akan kata ada. Jika tak ada, dia jawab tak ada. Dia tak pernah mereka-reka cerita atau berimaginasi yang tidak-tidak.

Puncanya begini. Budak MC telah aku ajar tidur di bilik berasingan dari kami sejak dia kecil lagi. Ya. Di bilik lain. Sorang-sorang. Ya. Sorang-sorang. Sebab? Sebab laki aku tak minat kalau ada lain orang dalam bilik selain dari aku dan dia. Sebab apa tak minat...? Ah! Lu pikirlah sendiri.

Oleh yang demikian, aku memang tak pernah menakut-nakutkan Budak MC dengan apa-apa perkara yang membuatkan dia takut untuk tidur bersendirian. Tambah-tambah takut dengan hantu. Kalau ada cerita seram dekat tv pun aku akan tukar  channel.  Aku tak nak dia takut. Namun. Semakin dia membesar, dia tetap kenal apa itu hantu. Cuma. Bezanya. Dia tak takut.

Pernah satu hari semasa MC berumur sekitar 4 atau 5 tahun (aku dah lupa), dia beritahu aku ada hantu dekat-dekat dengan peti ais di rumah aku. Dan keadaan dia bercakap dengan aku ketika itu adalah secara bersahaja. Sikit tak ada riak takut. Selamba je. Dan aku pun jawab, 'Biar lantak la dia nak duduk situ...'.

Pernah juga ketika kami balik dari Jus_co belah malam. Budak MC yang pada masa itu juga masih kecil, beritahu aku ada hantu atas pokok kelapa sawit. Aku tanya macam mana rupa hantu tu. Kata dia. Bermata merah dah berambut panjang-berserabut. Dan  macam biasa. Dia bercerita macam bukan cerita hantu. Dan aku macam biasa juga. Respond  macam bukan-cerita-hantu. Dan kadang-kadang respond  macam cerita kartun.

Di hari yang lain. Aku sengaja nak uji dia. Di kala aku keluar di waktu malam, aku tanya. Atas pokok tu ada hantu ke MC? Aku tunjuk la pokok mana-mana. Tak adalah. Jawab dia. Jadi aku mula percaya. Budak MC ni, kalau ada, dia cakap ada. Kalau tak ada, dia kata tak ada.

Itu masa dia keciklah tapi. Bila dah makin besor ni, tahu juga dia takut ke hantu. Pernah satu hari sekitar tahun lepas aku nampak dia berlari dari bilik ke ruang tamu. Pesal? Aku tanya. MC takut hantu. jawab dia. Datang dia punya takut tu. Tetapi di hari yang lain, dia buat selamba juga.

Hah. Dah berkajang-kajang cerita pasal MC pulak, kan..? Ok. Cerita berikutnya nanti aku sambung lagi... Aku janji...





(Naik darah pulak aku dengan line internet nih. Menaip entri ini sahaja ada lebih 10 kali dia disconnect. Haih~)


.


Thursday, 3 January 2013

Saya Rindukan Bulan.... #1

Gambor tak ada kaitan.


Satu malam, D tanya aku, 'Tak nak ambik gambar bulan...? Bulan cantik...'.

Selalunya. Aku ambil gambar bulan di depan rumah. Tak guna tripod pun. Sebab malas nak pasang. Bulih..? Kah kah. Aku mendongak saja mengadap langit. Sampai sakit-sakit tengkuk. Lenguh-lenguh tangan. Kadang-kadang berdiri. Kadang-kadang aku duduk.

Sebetulnya. Aku teringin sangat nak ambil gambar bulan. Tetapi.  Aku takut. Bukan main-main punya takut. Aku. Kalau aku kata aku takut. Memang aku takut...

Takut apa..?
Ceritanya begini.


Cerita I

Beberapa bulan lepas. Di kala aku demam-baik, demam-baik yang agak panjang dulu. Ada satu malam. Aku rasa tak boleh tidur dalam bilik. Sebab aku rasa sejuk sangat. Aku demam masa tu. Aku buat keputusan untuk tidur atas sofa di luar. Sorang-sorang. Luar tu maksudnya ruang tamulah. Jangan pulak kau bayangkan di luar rumah tempat aku parking kereta.

Pagi tu aku sedar-sedar, budak MC dah bangun. Dia duduk atas kerusi. Tak berapa jauh dari aku. Entah pukul berapa aku pun tak pasti. Aku pandang dia. Dia diam sahaja. Kemudian. Aku suruh dia pergi mandi untuk ke sekolah.

Petang tu baru dia buka cerita. Sebenarnya. Pagi itu. Masa dia duduk di kerusi. Dia nampak ada makhluk bongkok-berambut-panjang duduk di hujung kaki aku. Duduk diam dan hanya tunduk tanpa memaling muka ke arah MC.

Aku tanya MC, kenapa tak kejut aku? Saja... Jawab dia bersahaja.


Nanti aku sambung... Aku janji.


.