Friday, 4 January 2013

Saya Rindukan Bulan... #2


Gambar masih tak ada kaitan. Cuma mata macam hantu tapi....

Ya. Janji DiCapati...!
Kita sambung sekarang....



Alkisahnya Budak MC

Aku adalah seorang yang percayakan Budak MC dalam hal-hal benda-benda-halus. Sebab? Dari dia kecil, dia hanya berkata benar. Sekiranya benda tu ada, dia akan kata ada. Jika tak ada, dia jawab tak ada. Dia tak pernah mereka-reka cerita atau berimaginasi yang tidak-tidak.

Puncanya begini. Budak MC telah aku ajar tidur di bilik berasingan dari kami sejak dia kecil lagi. Ya. Di bilik lain. Sorang-sorang. Ya. Sorang-sorang. Sebab? Sebab laki aku tak minat kalau ada lain orang dalam bilik selain dari aku dan dia. Sebab apa tak minat...? Ah! Lu pikirlah sendiri.

Oleh yang demikian, aku memang tak pernah menakut-nakutkan Budak MC dengan apa-apa perkara yang membuatkan dia takut untuk tidur bersendirian. Tambah-tambah takut dengan hantu. Kalau ada cerita seram dekat tv pun aku akan tukar  channel.  Aku tak nak dia takut. Namun. Semakin dia membesar, dia tetap kenal apa itu hantu. Cuma. Bezanya. Dia tak takut.

Pernah satu hari semasa MC berumur sekitar 4 atau 5 tahun (aku dah lupa), dia beritahu aku ada hantu dekat-dekat dengan peti ais di rumah aku. Dan keadaan dia bercakap dengan aku ketika itu adalah secara bersahaja. Sikit tak ada riak takut. Selamba je. Dan aku pun jawab, 'Biar lantak la dia nak duduk situ...'.

Pernah juga ketika kami balik dari Jus_co belah malam. Budak MC yang pada masa itu juga masih kecil, beritahu aku ada hantu atas pokok kelapa sawit. Aku tanya macam mana rupa hantu tu. Kata dia. Bermata merah dah berambut panjang-berserabut. Dan  macam biasa. Dia bercerita macam bukan cerita hantu. Dan aku macam biasa juga. Respond  macam bukan-cerita-hantu. Dan kadang-kadang respond  macam cerita kartun.

Di hari yang lain. Aku sengaja nak uji dia. Di kala aku keluar di waktu malam, aku tanya. Atas pokok tu ada hantu ke MC? Aku tunjuk la pokok mana-mana. Tak adalah. Jawab dia. Jadi aku mula percaya. Budak MC ni, kalau ada, dia cakap ada. Kalau tak ada, dia kata tak ada.

Itu masa dia keciklah tapi. Bila dah makin besor ni, tahu juga dia takut ke hantu. Pernah satu hari sekitar tahun lepas aku nampak dia berlari dari bilik ke ruang tamu. Pesal? Aku tanya. MC takut hantu. jawab dia. Datang dia punya takut tu. Tetapi di hari yang lain, dia buat selamba juga.

Hah. Dah berkajang-kajang cerita pasal MC pulak, kan..? Ok. Cerita berikutnya nanti aku sambung lagi... Aku janji...





(Naik darah pulak aku dengan line internet nih. Menaip entri ini sahaja ada lebih 10 kali dia disconnect. Haih~)


.


16 comments:

CiKPuaNLawA said...

semangat nak baca lagi.. tiap 3 minit bukak blog nehh... heheheee....

ok pegang janji ni....

kucingorengemok said...

ko pakai line yang sambung ada bunyi tit-tut-tit-tut macam tahun 97 tu ke, beb?

gadisBunga™ said...

mata merah. rambut panjang serabut.

muka cam maya karin kot?

Dr Singa said...

kalau aku.. aku tak tanya Tas...
bior tak tau dari tau..
biorle mata merah tu duduk sebelah aku tapi aku tak tau..

hanie said...

sambung lagi?


alaaaaaaaaaaaaaaaaa







*mengada tak? hahahahaha*

Yunus Badawi said...

MC ini antara org yg diberi kelebihan diangkat hijabnya. Adik ipar adik saya pun boleh nampak benda2 halus ni. Dia selamba mcm MC tu lah tapi kita yg dengar ni pula yg seriau .... huhu

(dasar penakut)

tasekM said...

CPL,
ye la.
ye la.
nnti aku sambung... :)







KOG,
aku guna selkom berukband.
ntah apa angin dia tak betul semlm ntah...







gB,
yg tu jelita.
tak pe.
aku rasa nk buat kawan.

haha.







drsinga,
kan..
tapi ntah la beb.
aku suka la nk menanya dia itu ini...






hanie,
ada 3, 4 siri lagi beb.
aku ni dasar malas nk menaip panjang2.

haha.







YB,
aku terpaksa terima hakikat ni la.
padahal aku adalah manusia yg tak berapa nk percaya benda2 ni bang.




.

sudipVSsenduk said...

malam ni tido nak suruh abg taf peluk kuat2, takutnya.....

Nizam.Ariff said...

Aku nak berkawan dgn MC la...

tasekM said...

sudip,
aku kalau org peluk sgt.. aku lemas.

hehe.







nizam,
kawan la.

ni dah lama dah dia tak 'nampak2'.
lega aku...



.

Daddy Ziyyad said...

Kalah trilogy Lord of The Rings macam ni...part nak ceritakan pasal karakter budak MC aja dah satu episod...hahahaha

Alang2 cerita pasal dia, ni nak tanya:

1- kenapa ' budak MC "...apa maksud MC?

2- berapa umur dia sekarang

Lady Windsor said...

tas
akak nak jemput ko datang bermalam rumah akak..bawak MC sama tao..siyes neh...banyak benda akak nak tanya MC..

sepa said...

eh... dak Hatta pernah berdiri di dapur, tercegat dia. (itu jam kitaorg duduk d estet)... bila ditanya, katanya ada sorg pompuan pakai baju putih nak bercakap ngan dia... (itu jam dia 4tahun)...

:)

tasekM said...

drdz,
1. MC = Muhammad Cerdik (sengaja la aku tak letak nama betul dia doc... :))
2. tahun ni darjah 5.







LW,
errr.... rumah ko ada 'tetamu' jugakah..?







sepa,
aku syak dakwaan Hatta itu benar.


.

Lady Windsor said...

tatau le ada ke tak, tu pasal nak soh ko datang sama MC..meh datang main umah akak meh MC..

tasekM said...

LW,
akak dok sorang eh..?

:)


.