Saturday, 5 January 2013

Saya Rindukan Bulan.... #3


Gambar masih tiada kaitan. Biar lantak korang muntah tengok gambar binatang.. :p


Kita sambung.

Cerita II

Satu malam. Sekitar bulan Oktober tahun lepas. Jiran depan rumah aku buat kenduri doa selamat. Maka.  Waktu-waktu beginilah aku ambil kesempatan untuk beramas-mesra dengan jiran-jiran aku. Di lain masa, masing-masing sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing. Masa nak bertegur sapa pun hampir tiada.

Ini cerita Ika. Jiran sebelah rumah belah kanan.

Ika beritahu aku. Malam semalam. Ketika anak-anaknya bermain dengan anak-anak jiran sewaktu mak ayah sibuk membantu jiran-yang-nak-buat-kenduri tu buat persiapan, tiba-tiba budak-budak bertempiaran lari. Puncanya. Anak kedua Ika telah nampak sesuatu ketika mereka bermain dan pekik kepada kawan-kawan lain suruh lari. 'Lari.... Lari... Dia tengah kejar. Muka dia buruk...', jerit anak Ika. Tak cukup tanah budak-budak tu berlari. Kecoh sekejap kejiranan aku malam tu.

Menurut anak Ika lagi. Benda yang mengejar mereka berwajah buruk. Dan bongkok. Bongkok? Aku dah mula teringat-teringat cerita Budak MC hari tu....

Alkisahnya Anak Ika

Ika ada 3 orang anak. Anaknya yang nombor dua, perempuan. Sebaya Budak MC tapi kalau dilihat bentuk tubuhnya, persis budak tadika. Kecil sahaja orangnya. Macam tak membesar. Namun budaknya bijak. Kata Ika, masa mengandungkan anaknya tu, dia masih bekerja. Bekerja di hospital. Di bilik x-ray. Ika kata lagi. Mungkin anaknya jadi begitu akibat terdedah dengan sinar-x . Mungkin, katanya. Mungkin juga tidak. Dan ketika mengandungkan anaknya yang ketiga. Ika buat keputusan untuk berhenti kerja.

Anak Ika (apa ke nama budak ni aku lupa) yang kedua ini juga macam budak MC. Dakwa Ika. Dia boleh 'nampak-nampak' apa yang kita tak nampak. Bezanya dengan MC, dia agak penakut. Kalau tengah malam nak terkencing, habis adik beradik lain dikejutnya minta teman.

Dan. Sewaktu aku bersembang dengan Ika di depan rumah aku pada malam itu, tiba-tiba anaknya berlari ke arah kami entah datang dari mana dengan wajah-takut-penuh-tanda-tanya. 'Ibu, kenapa dia ada kat sini....?'.

Aku dan Ika senyum sesama sendiri. Dan. Kami faham siapa 'dia' yang dimaksudkan.

Selesai borak-borak dengan Ika. Aku minta diri. Aku masuk ke rumah. Kebetulan. Hari itu emak, adik-adik dan ipar serta anak buah datang ke rumah aku. Penuh rumah malam tu.

Elok sahaja aku meletakkan punggung di atas sofa, adik aku Ngah buka cerita. 'Ko nak tau kak... Tadi aku duduk depan rumah jiran ko belah kiri tu. Aku nampak ada benda berkilat-kilat depan rumah dia. Aku pergi dekat. Aku pegang. Aku ingatkan apa. Rupa-rupanya.......'.



Ok. Kisah Ngah dah jiran belah kiri nanti aku cerita....


.

11 comments:

Dr Singa said...

kau nihhh!!!!!!!

saja je nak menyaspenkan!!

cait!!!!
tak ada kaitan budak tu kecik dengan kerja kat xray!! dia yang tak cukup zat masa ngandung ...

kucingorengemok said...

kaki aku tetiba rasa nak naik terajang orang pagi ni... entah kenapa la gaknya ;p

tasekM said...

drsinga,
ooo... ok.
dia pun agak sahaja.

cemana nk tolong dia besar doc...?






KOG,
hahaha.... dah ko kenapa...?


.

sepa said...

ko dah tau ada si bongkok tu di rumah ko yer... eh, apsal ko tak suruh dia duduk atas pokok jeh...! :P

Siti said...

bila mau habis da...hahaha...
pasni menatang apa lak ko nak tunjuk?

Nizam.Ariff said...

pegang bende berkilat?
kepala mayat yang botak, orang tu mati sebab terjerumuih ke dalam tangki minyak kelapa sawit?

sepa said...

Dinooooo...!!!

hang kata kat aku no.!

eh, nih nak habaq mai :

ayam kutip padi,
hang nak kutip gigi, ka?!

:P

CiKPuaNLawA said...

alahhhhh..... suka tauuu...!!!!

x muntah pon tgok binatang ke serangga ke haiwan ke hidupan liar ke....

gambo suma mabeles jaaa....

tasekM said...

sepa,
sekarang dah tak ada.
jgn la dtg balik... huhu.







siti,
burung lagi.
haha.







nizam,
ko nih...
sampai ke kepala mayat pulak.
tinggi benor imaginasi tu...

:p







sepa,
kahkah.

terasa ke sepa...? :p







CPL,
ko sorang je tak muntah beb.
org lain dh muntah kaler pelangi.






.

Daddy Ziyyad said...

dah masuk bab anak jiran pulak!!! hahaha

tasekM said...

drdz,
esok2 mau masuk bab anak taman sebelah pulak, kan...?

haha.



.