Saturday, 23 February 2013

Hari-hari Terakhir Bersama Kamu




'Betul ke boleh trade in?' tanya aku.
'Boleh...' jawab dia.

Barangkali.
Minggu depan adalah hari-hari terakhir aku bersamanya.

Sedih~




.

Thursday, 21 February 2013

Bulat-bulat

Sorry la. Fokus ke laut. Aku nak fokus ke bintik air besar belah atas tu sebenarnya...



Yang aku perasan begini...
Cahaya matahari.
Pada sudut-sudut yang tertentu.
Menghasilkan bokeh yang bulat-bulat.


.

Wednesday, 20 February 2013

Mini Malaysia

Katanya berwajah baru.
Maka aku masuk.

[Masa aku nak pergi ni Suparjo sms bagitau dia dah ada kat Jonker Walk. Dia tanya pasal kedai buku yang   rare. Apa yang  rare  itu kena tanya dia. Aku tak tau kedai tu. Kalau kedai Kepsi aku tau ;p]

Setelah sekian lama aku sangat sedih dengan keadaan Mini Malaysia yang amat teruk sewaktu di bawah pengurusan No_rAni_za Idr_is.
Sekarang ni pengurusan baru.

Wajah memang baru tapi masih dalam proses baik pulih.
Ada yang dah siap.
Ada yang masih belum.


Rumah Selangor.


Rumah Johor.


Yang ni Rumah-tak-ingat-nama.


Ada persembahan kebudayaan juga. Brader hensem tu adalah pengunjung yang ditarik naik ke pentas untuk menari sama. Yang sebelah tu wife dia.


Banyak lagi gambar.
Tapi macam biasalah.
Aku malas nak up load.

Satu yang aku puji dengan orang Melaka.
Pantang di ajak menari.
Mau sesaja...



.


Sunday, 17 February 2013

Lebah




Bukan semut ni tau.
Ni Lebah Kelulut.
Kelulut tu sebenarnya nama pokok tu.
Pokok tempat dia bersarang.

Lebah ni menghasilkan madu macam lebah biasa juga.
Oh! Ya.
Aku tak boleh makan madu segar.
Aku pening kepala.
Tak tahan bau madu.


.




Saturday, 16 February 2013

Senget


Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka. Hutan tempat aku menembak. Masuk percuma. Banyak beruk. Jangan gatal bawak makanan. Dia kejor!




Gambor senget.
Aku nak salahkan tripod.

Juga gegor.
Pun aku nak salahkan tripod.

:p




.

Friday, 15 February 2013

Terdelete



Entah bila entah.
Aku mengemas  folder  dalam laptop ni.
Buang gambar yang tak berapa nak jadi dan yang entah hape-hape.
Lepas buang aku klik CCleaner.

Dan hari ini.
Baru aku perasan yang aku dah terdelete banyak gambar-gambar penting.
Termasuklah gambar kahwin adik aku.

Hohohoho...




.

Wednesday, 13 February 2013

Seksa

Boleh tahan seksa juga nak ambil gambar air lompat-lompat nih.
Ye la.
Kamera kita DSLR paling cikai.
Fokus 11 titik je.






Ada huruf S la. Mana datang entah...



Ni yang rasa nak angkat yang 39 titik nih....



.

Monday, 11 February 2013

HKL2: H,M&JPT

Bukan Husin. Bukan Mon. Bukan juga Jin Pakai Toncit. Ini orang Perak sebut Bango.




Sabtu. Malam.
Aku pergi tengok Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.

Harga tiket untuk 3 orang adalah RM30.
D bagi RM50.
Lepas terima tiket dari budak jaga kaunter.
Dia tengok baki duit di tangan.
Ada RM30.

'Lebih ni..' kata dia.
'Ala... Ambik je..' aku balas sambil meng-kikikiki.
Kah kah. Jahat! Aku syak Jembalang Wayang dah meresap masuk badan aku. :p

Kemudian D cakap, 'Tas, duit boleh cari.. Keberkatan tidak...'.
Dan dia pergi ke kaunter pulangkan duit.

Aku diam sambil buat tangan menyanyi nasyid.





[Nota: HKL2 adalah tidak semantop HKL. Nasib baik ada arwah Pak Uda. Paling aku tak tahan, 'Tahun tu tahun 1969. Tahun 1969, selepas tahun 1968. Sebelum 1970. 1970 tu belum 1971...'. Sampai kesudah tak tau apa yang dia nak cerita dah asyik mengira tahun. Original punya lawak. Ha ha.  Al-Fatihah buat arwah Pak Uda]


.


Saturday, 9 February 2013

Tersilap



Hari ni aku hantar budak MC pergi kelas tambahan di sekolah agama.
Sampai sekolah aku tengok tak ada orang.
Aku  call  rumah suruh D tengok jadual.
Rupa-rupanya minggu ni tak ada.
Kah kah.

Penyudahnya aku pergi masuk hutan.
Menembak.

Teruk betul.


.

Thursday, 7 February 2013

Banyak Burung



Dalam  folder  aku ada banyak gambar burung.
Kalau aku letak gambar burung hari-hari, takut orang panggil tasekBurung pulak...

Ah! Peduliklah...




.

Wednesday, 6 February 2013

Orang Berbudi Kita Berbahasa


 Orang memberi kita merasa.


Dari seorang Singa.  Kau tengok beb. Terputus pinggang. Hari tu aku pos pengantin untuk KOG terputus kepala..


Dari YB.


Terima kasih, kawan.




.

Tuesday, 5 February 2013

Perlekeh



Pernah lama dulu.
Aku bersembang dengan seseorang semasa di kampung.
Seseorang-yang-aku-tak-tahu-sama-ada-dia-minat-atau-tidak-fotografi ni.

Aku memuji gambar-gambar hasil kerja seorang jurugambar.
Siapa jurugambar yang aku puji  tu pun aku dah lupa.
Tetapi dia adalah seorang jurugambar perkahwinan.

Dan Seseorang-yang-aku-tak-tahu-sama-ada-dia-minat-atau-tidak-fotografi itu pun berkata.
'Alaaaa... Dia edit je semua tu....'.

Dan.
Semenjak itu.
Aku berjanji tidak akan berbicara soal fotografi dengan dia.

Ya. Mengedit gambar itu adalah perkara biasa.
Tetapi.
Bagi aku.
Gambar yang baik adalah yang paling sedikit diedit.

Dan aku.
Cukup tak suka orang yang suka memperlekehkan orang lain.
Sebab.
Kadang-kadang.
Yang memperlekehkan tu belum tentu boleh buat pun...



.

Monday, 4 February 2013

Bulan Yang Tak Penuh



Masa bulan penuh hari tu.
Aku ada ambil beberapa keping gambar.
Tak guna tripod.
Hasilnya.... Hancur!
Gegor!

Bermakna.
Tahap bergegornya tangan aku ni makin teruk.
Makin tak mampu nak pegang kamera dengan baik.

Sedangkan dulu.
Aku pernah ambil gambar bulan tanpa tripod yang sangat sharp.

Sekarang?
Manjang bergegor.
Dah tua gambaknya....

[Sedikit perkongsian: Untuk ambil gambar bulan secara close up, gunakan telephoto lens, ISO 100, slow shutter speed, exposure compensation  ubah ke -2, aperture besar (small f-stop number). Jangan lupa tripod.]


.

Sunday, 3 February 2013

Balik Senja




Aku jarang balik senja.
Dan semalam.
Orang dah solat Maghrib aku masih dalam kereta.

Masuk je simpang nak balik rumah.
Panggilan warna langit menyebabkan.
Aku terbagi  double signal.
Terparkir kereta tepi jalan.
Terambil kamera.
Dan tertembak langit.





.

Friday, 1 February 2013

Dah Jumaat




Orang Wilayah cuti ye hari ni...?
Selamat bercuti.

Esok Sabtu.
Tengah fikir.
Mana la nak pergi menembak esok nih...




.