Wednesday, 20 March 2013

Doakan





Jika kamu ke Stadhuys atau lebih dikenali sebagai Bangunan Merah di Bandar Hilir, di sekitarnya terdapat beberapa buah muzium.
Kamu cuma buat sekali bayaran dan kamu boleh masuk ke semua muzium di sana.
Kalau tak silap saya ada 5 buah muzium.

Dan salah satunya ialah Muzium Sastera.
Muzium Sastera menempatkan semua karya-karya penulis-penulis dan sasterawan yang lahir dari Melaka.
Dan salah seorangnya ialah ayahanda saya.
Atau lebih tepat ayahanda mertua saya.

Sekarang.
Bapak sedang bertarung dengan sakit.
Masih di hospital.

Mohon doa kawan-kawan.
Agar dipermudahkan segalanya...




.



Tuesday, 19 March 2013

Kerana Kancil

 UteM, Melaka.



Satu hari budak MC mengadu pada aku.
Ada seorang kawannya di sekolah mengejek kerana MC datang sekolah naik kancil.

Aku tanya MC.
Budak yang ejek tu datang sekolah naik apa?

Naik Myvi katanya.

Aku cakap dengan MC.
Budak macam tu, jangan dilayan.
Takut timbul pergaduhan.

Diam sahaja.
Biarkan dia dengan biacara-bicaranya.

Moga dengan kita berdiam.
Juga dengan berlalunya masa.
Dia akan cepat dewasa.
Dan cepat kenal dunia.

Jangan sesekali musuhi dia.



.

Friday, 15 March 2013

Taukeh Kedai Senapang Kena Tikam

Sungai Mekong, Vietnam. Gambor tak ada kaitan.


Aku pergi kedai senapang yang aku dah letak deposit tu.
Tanya bila senapang aku nak sampai.
Nikon dah hantar.
Tapi sangkut dekat Kastam.
Kata taukeh-kedai-rambut-pacak.

Aku acu pisau rambo celah pusat dia.
'Sekarang juga aku nak senapang tu...! Kalau tak... Habis berdarahlah pusat ko ni karang....!' aku kasi gertak sedas.

Taukeh-kedai-rambut-pacak tu terkencing dalam seluar.

Ok. Ok...
Yang tulisan senget tu aku tipu....



.

Friday, 8 March 2013

Besi Berani Peti Ais



Kangaroo dari DaddyZZ.
Bali dari DaddyZZ.
Toba Lake dari DrSinga.
Kuching dari Sepa.

Saya amat berbesar hati menerimanya.
Terima kasih, kawan.



.

Wednesday, 6 March 2013

Bergelumang

Tupai degil tak nak pandang aku. Gambar lama. Masa nak menembak pun dah macam tak ada je nih...



Aku sedang bergelumang dengan akaun.
Blog ni pun dah macam kurang kasih sayang je nih.
Blog yang lagi satu tu apatah lagi.
Memang dah dianaktirikan sangat dah.

Maaf kalau aku kurang jengah-jengah kamu.
Aku akan curi-curi masa ye...

Tapi dalam bergelumang tu...
Sempat juga makan-makan dengan gB dan YB...






.

Friday, 1 March 2013

Rendang Paru Bintang Terduduk



Amacam nama resepi..?
Kah kah.

Rendang tanpa kerisik adalah tak nampak rupa rendang.
Tapi rasa tetap rasa rendang.


.